Results 1 to 3 of 3
-
24-06-2012, 03:33 AM #1Status
- Offline
-
Gempak Super Hardcore
- Join Date
- Mar 2012
- Location
- Luar Dari Bimasakti
- Posts
- 3,260
- Mentioned
- 11 Post(s)
Wan Azizah Mahu Singkirkan Azmin Ali?

PENULIS difahamkan, keretakan yang begitu banyak berlaku dalam PKR kebelakangan ini, dikatkan dengan ‘kuasa wanita’. Yang penulis maksudkan ialah Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail.
Ramai menyangkakan Wan Azizah tidak berfungsi sebagai Presiden PKR dan hanya menjadi bayang-bayang kepada kuasa yang sebenar iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suaminya.
Sedangkan, hakikat yang semua orang patut tahu, Wan Azizah masih lagi Presiden PKR yang dipilih secara rasmi. Jawatan itu dari segi hierakinya masih yang tertinggi dalam perlembagaan parti tersebut. Jawatan Ketua Umum pun tidak disebut dalam perlembagaan PKR.
Oleh yang demikian, dari segi pengurusan parti dan undang-undang pertubuhan Malaysia, Wan Azizah masih lagi memegang kata putus atas kapasitinya sebagai Presiden PKR.
Justeru tidak hairanlah kenapa Wan Azizah dilaporkan begitu tidak senang dengan banyak tindakan Timbalannya, YB Azmin Ali kebelakangan ini yang sedikit sebanyak mengatasinya sebagai Presiden parti.
Tidak senang yang bukan kecil dari segi bahasa semata-mata, tapi dikhabarkan ia menyebabkan Wan Azizah mencari jalan untuk menyingkirkan Azmin dari PKR.
Penulis secara peribadi tidak terkejut dengan perkembangan terbaru ini.
Selain masalah peribadi yang timbul sebelum ini mengaitkan isteri Azmin, Shamsidar Taharin dan Anwar, perbalahan terbuka Azmin dengan pemimpin PKR yang diketahui rapat dengan Wan Azizah seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin kebelakangan ini sangat tidak disenangi Wan Azizah.
Ramai tidak tahu bahawa sebelum menjadi Setiausaha Politik Khalid, Faekah adalah Setiausaha Sulit Wan Azizah sebagai Presiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Selepas Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi jalan kepada Anwar pada Ogos 2008, Faekah dipindahkan secara rasmi ke pejabat Menteri Besar Selangor.
Malah Faekah adalah individu yang bersama-sama dengan Wan Azizah ketika kereta beliau nyaris ditimpa kemalangan dalam satu kejadian di Terengganu pada 2011. Kejadian itu dikaitkan dengan cubaan sabotaj.
Semua ini sekadar menerangkan betapa rapatnya Faekah dan Wan Azizah dan Faekah pula sedang menjadi sasaran kecaman Azmin Ali secara terbuka.
Apa sekalipun penulis meminta agar kedua-dua pihak yang bertelagah kembali semula kepada permulaan yang baik. Semua perkara ini tidak sepatutnya berlaku sekarang ketika ramai pihak sedang menyiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya, termasuk menangguhkan perjalanan ke tanah suci untuk membantu persiapan jentera parti.
Dalam masa yang sama, penulis juga meminta Anwar masuk campur dalam hal ini bagi mengelakkan keburukan yang lebih banyak berlaku. Penulis yakin, ada orang yang mencucuk Wan Azizah supaya bertindak ke atas Azmin Ali. Hanya Anwar sahaja yang mampu mengembalikan PKR seperti mana ia mula-mula ditubuhkan dahulu.
Latest Entries
- Rosmah Dinobat Wanita Paling Berkuasa Di Malaysia
- Sidang Kecoh, Speaker Dun Terengganu Tolak Usul Pasar Payang
- Selepas PRU13, Dr Mahathir Tunai Janji Untuk Mula Kritik Najib
- Agak-Agaknyalah, Berapa Harga Satu Fatwa?
- Wasiat Raja Raja Melayu Yang Terus Pudar Dek Kerana Bangsa...
- Pemimpin UMNO Usah Bongkak Dan Riak
- Soalan Lazim Bagi Boikot Upacara Angkat Sumpah Parlimen
- UAI Antara Alasan BN Fail Petisyen
- Lagi Janji Barisan Nasional
- Volkswagen Jawab Isu Harga Kereta
Hidden Content
Pr3P4R3 2 B3 R3F0RM4T!!!
Lu tuduh Gua Cytroop ke hapa, lantak lu. Yg penting benda yg aku post adalah dari isi hati aku sendiri. Wa pedulik apa dengan Lu!!
-
24-06-2012 03:33 AM # ADS
-
24-06-2012, 07:50 AM #2
hehehe... satu lagi article lawak dipagi hari... cerita fiksyen... sbb takde bukti... penulis asal ni gi cakap sendiri la kat president pkr tu kalau dia ada benda nak sampaikan... buat apa nak tulis panjang panjang...
pasal bayang ni pulak memang semua dah maklum yang wan azizah dulu memang pegang jawatan utk laki dia... itu semua org sudah tahu... tapi yg org masih lagi keliru adalah pasal portfolio yang dipegang oleh rosmah... dia menang kawasan parlimen mana? dia menteri apa? apa fungsi menteri kabinet yang diganti beliau? siapa pm malaysia sebenarnya... hehehe·Īš тћệ тѓụệ §ịģŋ ŏ₣ ịŋтёĿĿịĢệŋт ị§ ŋŏт κήΦωĿệđģё βūŧ ịмặģịήặтịΦή šĪ·
-
24-06-2012, 10:08 AM #3
bnyk la sgt keretakan yg brlaku... retak2 pon las2 mng kt pr jgk kes..
keretakan umno bn xnak ckp ke?
meh ak snarai.
1.kehilangan enjin jet
2.pmbunuhan altantuya
3.kapal selam tenggelam
4.NFC
5.prbelnjan brlebihan jtlm. dan bnyk lg..Hidden Content
Sokong Bukan Kerana Bangsa, Tapi Kerana Agama
Apa Gunanya Bangsa, Jika Agama Dipijak
Apa Maknanya Hidup Tanpa Agama
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote





Bookmarks