Close
Login to Your Account


Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    Status
    Offline
    TechnOveruleZ's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Luar Dari Bimasakti
    Posts
    3,182
    Mentioned
    4 Post(s)

    Default Rafizi, Sila Letak Jawatan Dalam PKR

    JAWATAN Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu bukanlah jawatan sebesar mana. Tumpuan sebenarnya ialah kepada Penasihat Ekonomi itu sendiri, yang lain-lain datang dengan penubuhan pejabat tersebut adalah pelengkap yang tak berapa perlu sahaja.

    Apa yang penulis nak katakan, impak dari perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai CEO pejabat Penasihat Ekonomi tidaklah sehebat mana pun. Tapi kesan yang paling besar ialah, tindakannya itu telah meletakkan PKR dalam masalah yang besar.

    Bila PKR masalah, Pakatan Rakyat ikut bermasalah sama.

    Rafizi Ramli bukan isunya, isunya ialah tuduhan yang mengatakan perletakkan jawatan ini membuktikan perpecahan berlaku dalam PKR, itu yang jadi masalah. Graviti kepada tindakan Rafizi ini boleh dilihat bila Perdana Menteri Najib sendiri mengulas hal tersebut dan kaitannya dengan perpecahan dalaman PKR.

    Sudah tentu bila Najib sendiri mengulas, minatnya bukanlah kepada jawatan CEO yang bergaji sekitar RM 25,000 sebulan itu, tapi lebih kepada PKR sebagai tunjang kekuatan Pakatan Rakyat.

    Adakah Rafizi sedar semua ini?

    Baru sahaja tidak beberapa lama dia diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pandan – yang pertama seumpamanya dalam pilihanraya umum yang akan datang, sekarang dia sudah buat hal. Kenapa tidak dilakukan perletakkan jawatan ini secara senyap-senyap, kenapa mesti melalui Twitter?

    Nak semua orang tahu ke, nak kena pujuk ke, nak kena pegang kaki ke? Kalau itulah harapan Rafizi, penulis boleh katakan, lupakan sahaja. Tidak semua dalam PKR, malah penulis berani mengatakan disini bahawa majoriti dalam PKR cukup gembira dengan perletakkan jawatan ini.

    Malah mereka lebih gembira lagi kalau Rafizi turut melepaskan jawatan lantikan sebagai Pengarah Strategi PKR itu. Chegubard pada bila-bila masa boleh mengisi jawatan tersebut. Apatah lagi beliau lebih lama berjuang dalam parti dan banyak kejayaan sebagai bukti.

    Sedangkan Rafizi, apa jasanya yang hebat sangat? NFC?

    Tahukah Rafizi, sebaik SPRM mengumumkan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil tidak terlibat dengan NFC, keseluruhan kes tersebut, dari segi politiknya, runtuh sama sekali. Di tambah pula dengan tindakan Rafizi mendorong seorang kakitangan Public Bank untuk melanggar BAFIA dengan menyerahkan maklumat kewangan NFC kepadanya, lagilah hancur kes itu.

    Bercakap tentang melanggar BAFIA ini, isunya ialah, Rafizi sebagai akauntan bertauliah (diiktiraf oleh MIA – Malaysia Institute of Accountant), tidak tahu tentang kepentingan melindungi maklumat kewangan pelanggan seperti diperuntukkan BAFIA?

    Rafizi tentu tahu, kalau maklumat berkenaan penting sangat, ia boleh diperolehi dengan mendapatkan perintah mahkamah, bukan dengan menggadaikan masa depan kerani bank yang telah berkhidmat lebih 20 tahun!!

    Semua ini tidak masuk akal sama sekali dan selayaknya MIA menarik semula pengiktirafan mereka terhadap Rafizi.

    Maaflah kalau penulis tidak sependapat dengan ramai orang dalam hal ini, tapi penulis tidak sahaja duduk dalam kepompong yang sama setiap kali, ada masanya penulis keluar dari kepompong itu dan melihat sendiri apa sebenar yang berlaku dibawah ini.

    Apa sekalipun Rafizi bukanlah satu impak yang besar, dia hanya umpama titik kecil dalam peta yang boleh dipadamkan pada bila-bila masa. Tapi selagi namanya dikaitkan dengan PKRm sebagai Pengarah Strategi, selagi itulah titik yang kecil ini boleh merebak menjadi tompok yang dahsyat.

    PKR memerlukan Pengarah Strategi yang tulen, tidak setakat bergantung kepada penipuan dan pembohogan yang dijelaskan di atas untuk menjayakan ‘strategi’ yang konon-kononnya hebat sangat itu dan menyeret parti bersama-sama dengannya.

    Rafizi, demi parti dan Pakatan Rakyat, letaklah jawatan.




    Hidden Content
    Pr3P4R3 2 B3 R3F0RM4T!!!

    Lu tuduh Gua Cytroop ke hapa, lantak lu. Yg penting benda yg aku post adalah dari isi hati aku sendiri. Wa pedulik apa dengan Lu!!

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    khayalan's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Dec 2010
    Posts
    305
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    sepanyol menang 2-0 vs perancis..

  4. #3
    Status
    Offline
    draxe's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Palm City
    Posts
    337
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    greece kalah wei... 2-4...
    ·¤º тћệ тѓụệ §ịģŋ ŏ₣ ịŋтёĿĿịĢệŋт ị§ ŋŏт κήΦωĿệđģё βūŧ ịмặģịήặтịΦή º¤·

  5. #4
    Status
    Offline
    draxe's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Palm City
    Posts
    337
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    penulis asal article ini sesungguhnya seseorang yg memerlukan belajar cara bercakap benar... tak elok mengada adakan cerita... adakah ini sebagai taktik penulis utk membuatkan rafizi meletak jawatan dalam PKR? taktik mcm budak sekolah tadika... sekalipun rafizi salah dan kerani bank itu salah, namun kes pecah amanah NFC itu tetap wujud dan wajar disiasat... kalau mintak perintah mahkamah utk nak obtain maklumat berkaitan kerajaan, gerenti takkan dapat punya... kalau nak hukum rafizi dgn kerani tu, hukum dulu kes NFC tu... semua org tahu benda ni... kelakar la penulis ni...
    ·¤º тћệ тѓụệ §ịģŋ ŏ₣ ịŋтёĿĿịĢệŋт ị§ ŋŏт κήΦωĿệđģё βūŧ ịмặģịήặтịΦή º¤·

  6. #5
    Status
    Offline
    taikoman's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2011
    Posts
    1,296
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    admin page tu nmpak sgt bkn org pr pon... nme je suara pakatan rakyat.. tp tujuan nk mngata kt pr..
    tp biasala bro ats pagar mmg suka la bt rujukan blog mcmni..
    Hidden Content
    Sokong Bukan Kerana Bangsa, Tapi Kerana Agama
    Apa Gunanya Bangsa, Jika Agama Dipijak
    Apa Maknanya Hidup Tanpa Agama

  7. #6
    Status
    Offline
    draxe's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Palm City
    Posts
    337
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    pro kerajaan mmg takut dgn rafizi sbb rafizi rajin selongkar rahsia pecah amanah diaorg... sbb tu buat benda camni dgn harapan rafizi akan tetiba jadi kurang cerdik dan percaya apa yg diaorg cakapkan... hehehe... sememangnya mereka takut pada akal fikiran yang cerdik... ape bole buat, dalam parti mereka org cerdik tak bole masuk... hehehe
    ·¤º тћệ тѓụệ §ịģŋ ŏ₣ ịŋтёĿĿịĢệŋт ị§ ŋŏт κήΦωĿệđģё βūŧ ịмặģịήặтịΦή º¤·

  8. #7
    Status
    Offline
    odeng's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    MUAR bandar diraja
    Posts
    1,995
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @taikoman View Post
    admin page tu nmpak sgt bkn org pr pon... nme je suara pakatan rakyat.. tp tujuan nk mngata kt pr..
    tp biasala bro ats pagar mmg suka la bt rujukan blog mcmni..
    kompem bukan... kalau org PR mesti dia rulis pasal keburukan BN

  9. #8
    Status
    Offline
    alexanderfaiz's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Nov 2011
    Location
    dalam tandas awam...
    Posts
    1,121
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    aduyai..ni blog pro-pkr or pro-bn?? ayat die mcm sokong BN je..nasihat ak, jgn malukn name org klu name sndiri xberani nk tunjuk..awk,penulis blog, name awk dh ckup hebat ke smpai nk burukkn org laen? jgn malukn diri sndiri..klu xberani nk tnjk mke dgn name, jgn tulis...di akhirat nnt, awk jugak yg kne..fikir2 kn lah..
    Jejaka Paling Kacak dalam Gempak.org Hidden Content

  10. #9
    Status
    Offline
    TuanWujian's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    Singgahsanaku...
    Posts
    920
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Rafizi : Kenapa Rosmah & Najib Tidak Berani Panggil Pilihanraya Lebih Awal?



    Dia ni memang genius.
    Last edited by TuanWujian; 24-06-2012 at 11:51 PM.
    No Fear, No Limits, No Equal..

  11. #10
    Status
    Offline
    naim394's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Jul 2011
    Posts
    526
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    pdpt aku rafizi ni mpnyai idea2 yg bernas yg blh dign pakai cm pkr ni byk psmaan cm bn bla ada yg xkn mst nk dicantas.. jk kn ngn pmimpin atasan okey lerr, saborr jerlh rafizi..

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •