Results 1 to 3 of 3
Thread: Skandal Kontrak Pembinaan Projek Tambahan Sistem LRT Ampang Melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak
-
25-06-2012, 05:47 PM #1
Skandal Kontrak Pembinaan Projek Tambahan Sistem LRT Ampang Melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak
Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang (“The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”).
KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.
KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.
KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan
Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Dato’ Shahril Mokhtar telah menulis kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada Konsortium PDA.
Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.
Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.
KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.
Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik Umno di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.
Saya betul-betul menasihati Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012
rafiziramli.com
Latest Entries
- Terima Kasih Tau Rakyat Kedah Mengundi BN,Dari Sejahtera Terus...
- Puluhan ribu hadir di Black505 Terengganu malam tadi
- Jom Kenali Dato' Seri Zahid Hamidi, Tak Kenal Maka Tak...
- Kerajaan tak kreatif, GST zalimi rakyat
- TGHH Di Turki
- Apabila Regim BN Sudah Mula Menunjukan Pemerintahan KUKU BESI
- KDN rampas tabloid Suara Keadilan, Harakah, The Rocket
- Jelaskan: Betul ke kadar Pos naik 8 kali ganda?
- GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?!
- Koleksi Kebebalan Pemimpin BN Saksikan
Last edited by taikoman; 25-06-2012 at 05:53 PM.
Hidden Content
Sokong Bukan Kerana Bangsa, Tapi Kerana Agama
Apa Gunanya Bangsa, Jika Agama Dipijak
Apa Maknanya Hidup Tanpa Agama
-
25-06-2012 05:47 PM # ADS
-
25-06-2012, 08:51 PM #2
wuikss...kasi humban ini rafizi dlm kem kamunting laaa...nnt naya je ramai yg malu cam kes lembu kondo
Hidden Content Terapi mata untuk masalah kerabunan
-
25-06-2012, 10:48 PM #3Status
- Offline
-
Gempak SuperStar
- Join Date
- Apr 2011
- Location
- Singgahsanaku...
- Posts
- 922
- Mentioned
- 1 Post(s)
No Fear, No Limits, No Equal..
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote

gi debat pon x nak






Bookmarks