Close
Login to Your Account


Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    Status
    Offline
    protege's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Dec 2010
    Location
    马来西亚
    Posts
    1,477
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Fakta Sejarah Politik: Indonesia-Malaysia-Brunei dan sebab sebenar Brunei membatalkan niat menyertai Malaysia

    Fakta: Indonesia - Malaysia- Brunei dan sebab sebenar Brunei membatalkan niat menyertai Malaysia


    Sebenarnya sebab utama Brunei membatalkan niat menyertai Malaysia disebabkan oleh peristiwa Pemberontakan Brunei pada 8th Dec 1962.

    Sebelum itu memang ada sebahagian kecil rakyat Brunei yang tidak menyokong penyertaan memasuki Malaysia kerana dari sejarah awalnya. Sarawak dan sebahagian Sabah adalah jajahan Brunei. Namun Sultan Brunei dan Kerajaan Brunei berusaha dan turut sama di dalam proses perbincangan mengenai penyertaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei kedalam gagasan Malaysia. Proses ini juga dibantu pihak United Kingdom.

    Walau bagaimanapun, Pihak Indonesia dan Filipina menentang keras usaha2 ini kerana Soekarno telah merancang penyatuan negara2 Nusantara dibawah panji Indonesia. Konsep "Greater indonesia" atau Indonesia Raya or Melayu Raya, menjadi lauangan Bung Soekarno Malahan pihak Indonesia juga menbiaya dan melatih gerakan bawah tanah di negara2 tersebut terutama di Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei.






    Sedutan Sejarah Tanah Melayu


    Pada tahun 1943, Jepun mengikstiharkan 4 negeri Melayu, Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu akan dipulangkan kembali kepada Thailand. Jepun menyokong dan menyertui penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pada Julai 1945, Ibrahim Haji Yaakob, Onan Siraj, Dr. Burhanuddin al-Helmy dan beberapa orang pemimpin KMM yang lain, yang berkerjasama erat dengan penjajah Jepun, telah pula menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. (Juga dikenali sebagai Kekuatan Rakyat Istimewa)





    Atas matlamat Indonesia Raya, satu perundingan dan perbincangan telah diadakan antara wakil KRIS, Ibrahim Yaakob, Dr Burhanuddin al-Helmy (yang kemudian menjadi Presiden PAS) dan lain2, dengan Soekarno dan Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945. Soekarno dan Hatta pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Saigon setelah bertemu Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun bagi Asia Tenggara.




    KRIS menyatakan sokongan dan persetujuan ke arah Indonesia Raya (Tanah Melayu memasuki Indonesia Raya dibawah kepimpinan Bung Soekarno). Malahan semasa mesyuarat tersebut, Ibrahim Yaakob berjabat tangan tanda persetujuan dengan Bung Soekarno sambil berkata 'Let us form one single Motherland for all the sons of Indonesia.' / "Biar kita menubuhkan satu tanah air untuk semua anak-anak Indonesia."


    Ibrahim Yaacob

    Namun atas kehendak Allah, sebelum sempat mengiktiharkan kemerdekaan Indonesia dan Tanah Melayu menyertai Indonesia, Emperor Hirohito bagi pihak Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Kerana takut dituduh tali barut Jepun, Ibrahim Yaacob, isterinya Mariatun Haji Siraj, menantunya Onan Haji Siraj and Hassan Manan melarikan diri ke Jakarta dengan kapal terbang tentera jepun.



    Walau bagaimanapun, Bung Soekarno masih berhasrat menubuh Indonesia Raya. Kemerdekaan Tanah Melayu dan usaha2 penubuhan Malaysia (penyertaan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak) mencabar dan mengikis impian penumbuhan Indonesia Raya. Bung Soekarno menyokong gerakan bawah tanah terutama di Tanah Melayu, Brunei dan Sarawak (Kalimantan).



    Soekarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ dan pada 20 Januari 1963, Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia. Dibantu pembelot dan pengkhianat negara, pasukan gerila dan tentera indonesia menyerang Malaysia (Tanah Melayu, Sarawak, Sabah & Brunei). Rejimen Askar Melayu Diraja dan Tentera Laut Diraja Malaysia bertindak cemerlang mematahkan percubaan menyerang dan menakluki Malaysia. Askar Gurkha, British, Australia dan New Zealand turut membantu terutama di Sabah dan Sarawak.





    "Kalau kita lapar itu biasa
    Kalau kita malu itu juga biasa
    Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!

    Kerahkan pasukan ke Kalimantan hajar cecunguk Malayan itu!
    Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu

    Doakan aku, aku kan berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya.

    Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki Gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat.

    Yoo...ayoo... kita... Ganjang...
    Ganjang... Malaysia
    Ganjang... Malaysia
    Bulatkan tekad
    Semangat kita badja
    Peluru kita banjak
    Njawa kita banjak
    Bila perlu satoe-satoe!"

    Sedutan Sejarah Brunei



    Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien III, mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Beliau diangkat menjadi Sultan Brunei pada 6 June 1950 selepas kemangkatan abangnya Sultan Ahmad Tajuddin. Sultan Omar Ali Saifuddien III juga dikenali sebagai arkitek pemodenan Brunei dan Bapa Kemerdekaan.


    Sebelum itu memang ada sebahagian rakyat Brunei yang tidak menyokong penyertaan memasuki Malaysia kerana dari sejarah awalnya. Sarawak dan sebahagian Sabah adalah jajahan Brunei. Pekara ini diapi2kan dengan gerakan ideologi Indonesia Raya yang dipelopori oleh Bung Soekarno.

    Pada tahun 1958, sebagai sebahagian dasar pembaharuan, Sultan Brunei mengeluarkan undang2 separuh dari wakil rakyat/kerajaan dilantik oleh Sultan dan selebihnya dari proses pilihanraya.

    Parti Rakyat Brunei (PRB), parti politik sayap kiri ditubuhkan untuk menentang usaha2 menyertai Malaysia, yang sedang dirundingkan oleh pihak Sultan Omar Ali Saifuddien III dan kerajaan Brunei.

    Pada pilihanraya August 1962, Parti Rakyat Brunei (PRB) memenangi kesemua 16 kerusi yang dipertandingkan (17 kerusi lagi di atas lantikan Sultan). Brunei Legislative Council kemudian mengeluarkan resolusi menolak penyertaan Brunei ke dalam gagasan Malaysia dan mengistiharkan kemerdekaan Brunei pada 1963.

    Sultan Omar Ali Saifuddin III
    menolak resolusi tersebut serta mengantung Brunei Legislative Council. Sultan Omar Ali Saifuddin III masih mahu menyertai Malaysia.




    Ketika Sultan Brunei menunaikan ibadah fardu Haji ke dua, Pemberontakan Brunei berlaku pada 8hb Disember 1962, diketuai oleh A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei (PRB) dan tentera pemberontak North Kalimantan National Army (TNKU - Tertera Nasional Kalimantan Utara). Serangan dilakukan di bandar Seria ke atas kemudahan pemerosesan petroleum, balai polis dan bangunan kerajaan. Pemberontakan Brunei yang bertujuan menjatuhkan Sultan Omar Ali Saifuddien III



    TNKU - Tertera Nasional Kalimantan Utara sebenarnya cawangan bersenjata dari Parti Rakyat Brunei (PRB) yang mendapat bantuan kewangan, peralatan dan latihan dari Bung Soekarno.

    A.M. Azahari pernah tinggal di Indonesia dan berkait rapat dengan pasulan risikan Indonesia (Indonesian intelligence). Malahan dia mengrekrut pegawai2 dan mendapat latihan peperangan di Indonesia. Dipercayai A.M. Azahari dapat membina kekuatan 4,000 askar pemberontakan dengan senjata moden.




    An Indonesian-sponsored revolt by the North Kalimantan National Army (TNKU) begins with the aim of deposing the Sultan of Brunei. In response, British forces initiated a contingency plan, Operation Ale (later changed to Borneo Territories).







    Pemberontakan ini berjaya dipatahkan dengan bantuan tentera asing terutama askar Gurkha dan British. Bantuan Indonesia kepada pemberontak juga disekat oleh Askar Melayu Diraja, tentera Gurkha, British, Australia dan New Zealand.


    Askar Marine tercedera semasa operasi Limbang







    Sebagai langkah proactive dan mengekang pengaruh Parti Rakyat Brunei (PRB), parti tersebut telah diharamkan. Namun, Sultan Omar Ali Saifuddien III turut menarik balik usaha2 menyertai Malaysia dan secara tidak langsung menyebabkan perjuangan Parti Rakyat Brunei tidak lagi relevent.




    Remember, Remember...The 8Th Of December by Bolkiah, Mohamed
    Ever since 8 November 1962, Prince Mohammad Bolkiah (b. 1947) brother of the present Sultan of Brunei, has wondered what really happened at that time. He was a 15-year-old schoolboy in Kuala Lumpur and on his way home for the holidays when news of the "Brunei Revolt" broke. These events are nowadays rarely talked about. This book explores records rare archival photographs, newspapers, and personal memories. The author finds nothing gives an explanation that is cut and dried. In addition, he counters several popular beliefs stereotypes. He highlights some of the major differences between the Brunei of today and that of 45 years ago and stresses the need to acknowledge and respect the past, and also to look to Asean as a way to share in the globalised world of today.




    Last edited by protege; 29-06-2012 at 12:50 AM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    anonymous93's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Aug 2011
    Posts
    335
    Mentioned
    2 Post(s)

    Default

    nantok bcer sjrah

  4. #3
    Status
    Offline
    フェザル's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Federal Territory
    Posts
    2,166
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ini lah fakta nya..bukan sebab fakta thread ni ---->Politik & Sejarah : Kenapa Brunei Tidak Bersama Malaysia???
    nampak sgt autanya sbb ....ntah pape bahan politik tu...
    Hidden Content
    YNWA [You'll Never Win Anything]

  5. #4
    Status
    Offline
    odeng's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    MUAR bandar diraja
    Posts
    2,000
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    mak aii..detail.. mmg terbaek la thread ni dan dari sumber terbaek....boleh mengelakkan salah faham..
    nnt mesti ada org yg xleh terima kenyataan meremehkan rujukan dari wikipedia tu

  6. #5
    Status
    Offline
    Iskandar's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    1,923
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @フェザル View Post
    ini lah fakta nya..bukan sebab fakta thread ni ---->Politik & Sejarah : Kenapa Brunei Tidak Bersama Malaysia???
    nampak sgt autanya sbb ....ntah pape bahan politik tu...
    nampaknya thread saya itu menyambung cerita selepas ayat terakhir thread ini, iaitu:

    Quote @protege View Post

    Sebagai langkah proactive dan mengekang pengaruh Parti Rakyat Brunei (PRB), parti tersebut telah diharamkan. Namun, Sultan Omar Ali Saifuddien III turut menarik balik usaha2 menyertai Malaysiadan secara tidak langsung menyebabkan perjuangan Parti Rakyat Brunei tidak lagi relevent .
    maka timbul persoalan, mengapa Sultan Omar Ali Saifuddin III menarik balik menyertai Malaysia???

    Selain sebab2 yang telah dinyatakan dalam thread ini, apakah ada sebab lain Sultan Brunei tidak mahu menyertai Malaysia????

    jawapannya di sini & beberapa andaian (sahaja) kalau Brunei menyertai Malaysia

  7. #6
    Status
    Offline
    Muhdfie3's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Sep 2011
    Location
    Penang
    Age
    20
    Posts
    1,382
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    huhu pnjngnyer post

  8. #7
    Status
    Offline
    odeng's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    MUAR bandar diraja
    Posts
    2,000
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @Muhdfie3 View Post
    huhu pnjngnyer post
    panjang tapi penuh fakta

  9. #8
    Status
    Offline
    protege's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Dec 2010
    Location
    马来西亚
    Posts
    1,477
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @Iskandar View Post
    Selain sebab2 yang telah dinyatakan dalam thread ini, apakah ada sebab lain Sultan Brunei tidak mahu menyertai Malaysia????
    Satu andaian lain:

    Sultan Brunei yang rapat dengan pemimpin Malaysia (satu sekolah dulu) amat faham akan ancaman pihak dalaman berhaluan kiri dan gerakan pengaruh Indonesia dan Komunis di Asia Tenggara. Ketika itu Malaysia juga di ancam fahaman gerakan kiri oleh beberapa persatuan/parti politik dalaman.

    Salah satu pilihan yang paling selamat ialah agar tidak merdeka, dan terus dibawah pelindungan British sebagai jajahan autonomi.

    Sultan Brunei tahu yang gerakan kiri mahu meruntuhkan kuasa pentadbiran Sultan dan menjadi negara Republic seperti di Indonesia. Semasa Sultan masih memegang kuasa pentadbiran mutlak, beliau perlu membuat pilihan yang terbaik, bukan sahaja untuk negara & tanah jajahannya, tetapi juga untuk memastikan tampuk kuasa kerajaan berSultan tidak tergugat dan dapat dipertahankan.

    Malahan ketika itu Istana dan Sultan di kawal oleh tentera Ghurkha. Sultan pada masa itu juga sangsi dengan kesetiaan sebahagian rakyat dan tentera tempatan. Malahan ramai rakyat Malaysia yang diambil bekerja termasuk bekas pasukan tentera Malaysia sebagai tentera upahan di Brunei.

    Jika Brunei menyertai Malaysia, dan disebabkan pergolakan politik di Malaysia. Ada kemungkiaan kerajaan Malaysia digulingkan dan negara Republik didirikan. (hampir terjadi) Secara langsung, Sultan Brunei akan kehilangan kuasa.

    Oleh itu, ada juga kemungkinan Sultan Brunei sengaja membuat permintaan yang tidak logik yang berkemungkinan bertujuan untuk menamatkan perundingan dengan cara yang 'baik' dan 'terhormat'.

    (Nota: Ini adalah salahsatu teknik dan tactical move di dalam ilmuperundingan. Dengan permintaan yang kurang manasabah, ia akan menjadi deadlock dan secara elok pihak lawan akan bersetuju membatalkan perundingan. Namun dua2 pihak tidak boleh dipersalahkan dan 'save face' semua.)

    Ia menjamin kuasa mutlak Sultan dan kekuasaan Sultan pada hasil kekayaan Petroleum Brunei.

    Ini satu andaian sahaja......
    Last edited by protege; 29-06-2012 at 12:01 PM.

  10. #9
    Status
    Offline
    Iskandar's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    1,923
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @protege View Post
    Satu andaian lain:

    Sultan Brunei yang rapat dengan pemimpin Malaysia (satu sekolah dulu) amat faham akan ancaman pihak dalaman berhaluan kiri dan gerakan pengaruh Indonesia dan Komunis di Asia Tenggara. Ketika itu Malaysia juga di ancam fahaman gerakan kiri oleh beberapa persatuan/parti politik dalaman.

    Salah satu pilihan yang paling selamat ialah agar tidak merdeka, dan terus dibawah pelindungan British sebagai jajahan autonomi.

    Sultan Brunei tahu yang gerakan kiri mahu meruntuhkan kuasa pentadbiran Sultan dan menjadi negara Republic seperti di Indonesia. Semasa Sultan masih memegang kuasa pentadbiran mutlak, beliau perlu membuat pilihan yang terbaik, bukan sahaja untuk negara & tanah jajahannya, tetapi juga untuk memastikan tampuk kuasa kerajaan berSultan tidak tergugat dan dapat dipertahankan.

    Malahan ketika itu Istana dan Sultan di kawal oleh tentera Ghurkha. Sultan pada masa itu juga sangsi dengan kesetiaan sebahagian rakyat dan tentera tempatan. Malahan ramai rakyat Malaysia yang diambil bekerja termasuk bekas pasukan tentera Malaysia sebagai tentera upahan di Brunei.

    Jika Brunei menyertai Malaysia, dan disebabkan pergolakan politik di Malaysia. Ada kemungkiaan kerajaan Malaysia digulingkan dan negara Republik didirikan. (hampir terjadi) Secara langsung, Sultan Brunei akan kehilangan kuasa.

    Oleh itu, ada juga kemungkinan Sultan Brunei sengaja membuat permintaan yang tidak logik yang berkemungkinan bertujuan untuk menamatkan perundingan dengan cara yang 'baik' dan 'terhormat'.

    (Nota: Ini adalah salahsatu teknik dan tactical move di dalam ilmuperundingan. Dengan permintaan yang kurang manasabah, ia akan menjadi deadlock dan secara elok pihak lawan akan bersetuju membatalkan perundingan. Namun dua2 pihak tidak boleh dipersalahkan dan 'save face' semua.)

    Ia menjamin kuasa mutlak Sultan dan kekuasaan Sultan pada hasil kekayaan Petroleum Brunei.

    Ini satu andaian sahaja......
    itu lah kebijakkan sultan Brunei dalam mempertahankan kuasa politik Brunei & merancang masa depan ekonomi Brunei....

    Bacaan politik yang tajam sultan Brunei ini bukan hanya menyelamatkan Brunei daripada campurtangan kuasa asing, bahkan dapat menyelamatkan hasil petroleum Brunei daripada dikongsi dengan wilayah2 lain...

    Hasilnya, hari ini Brunei dapat menikmati hasil petroleum 100% sepenuhnya & membantu ekonomi Brunei serta rakyatnya...

  11. #10
    Status
    Offline
    Lakau0ste's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    FELCRA
    Age
    25
    Posts
    1,595
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kalaulah usaha soekarno berhasil....

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •