Results 1 to 10 of 15
-
22-07-2012, 10:00 PM #1Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Apr 2010
- Location
- Bidor, Perak
- Posts
- 5,759
- Mentioned
- 0 Post(s)
DAP: Umno yang ada kaitan komunis, bukan kami
Setiausaha agung DAP Lim Gua Eng menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan elemen komunis – tidak seperti Umno yang menjalankan usaha seperti itu.
Katanya, tindakan sebaliknya perlu dijalankan ke atas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana menubuhkan sekretariat tetap dengan Liga Pemuda Komunis China.
"Bukankah sepatutnya Khairy Jamaluddin ditangkap dan didakwa kerana ingin memulihkan komunisme dengan menubuhkan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Pemuda Komunis China (CYL)?
"Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin telah berkata bahawa sekretariat tetap itu akan membolehkan program-program dua hala yang berterusan untuk mengeratkan hubungan antara dua entiti tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Berbanding dengan dakwaan susupan komunis ke dalam DAP, sekretariat tetap antara CYL dan Pemuda Umno adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy Jamaluddin," katanya.
Beliau mengulas dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.
Lim berkata Mohd Sofian dan pegawai tinggi Cawangan Khas yang lain perlu meletak jawatan kerana gagal bertindak ke atas Khairy kerana membuat hubungan dengan CYL dan bukannya "mencari bayang-bayang komunis" dalam DAP.
Malah, Cawangan Khas PDRM juga tidak menentang tindakan Malaysia membuat hubungan diplomatik dengan China dan rejim Marxis seperti Cuba.
Katanya lagi, tiada pemimpin DAP yang ditahan bawah ISA sebelum ini yang dikaitkan dengan komunis.
Menteri perlu berani
"Adalah jelas bahawa cubaan untuk mengaitkan DAP dengan komunis ini adalah satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN," katanya.
Tambahnya, Cawangan Khas sepatutnya telah mengubungi pemimpin tertinggi DAP untuk membuktikan bukti bahawa komunis telah menyusup ke dalam parti itu.
"Dengan memilih untuk membuat pengumuman awam tanpa terlebih dahulu memaklumkan pucuk pimpinan DAP, Mohd Sofian dan Cawangan Khas berkelakuan tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.
"Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," katanya.
Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein perlu menunjukkan keberanian dengan mengarahkan Cawangan Khas menunjukkan bukti dakwaan berkenaan.
"Jika Hishamuddin gagal melakukan demikian, maka sebenarnya Cawangan Khas yang sudah disusup oleh Umno," katanya.
Latest Entries
- GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?!
- Koleksi Kebebalan Pemimpin BN Saksikan
- GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai
- BR1M RM1,200 setahun, GST dapat balik RM5,000
- Apabila Rakyat Diper****hkan Oleh Kata-Kata Najib UMNO BN
- Kedah Baru: Pasaran Yang Luas Untuk San Miguel
- Taib Mahmud (The Timber Mafia) Naikkan Gajinya Dari RM13,000...
- SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal
- Tuduh DAP Anti Melayu, Hakikatnya UMNOlah Anti-Melayu
- ibu tunggal Umno
-
22-07-2012 10:00 PM # ADS
-
22-07-2012, 10:47 PM #2Status
- Offline
-
Gempak Lover
- Join Date
- Dec 2010
- Posts
- 305
- Mentioned
- 0 Post(s)
kalau mcm tu...sumber2 sebelom ni yg mengatakan pembangkang mahu bawa balik CHIN PENG ke malaysia hanyalah tipu la yea...sebenarnya UMNO la yea mau wat balik??
-
23-07-2012, 12:19 AM #3
DAP loyar buruk! kami mahukan PAS sahaja!!!
<strong>check out my official blog!</strong>
-
23-07-2012, 12:35 AM #4
-
23-07-2012, 02:05 AM #5
boooo guan eng
-
23-07-2012, 08:09 AM #6
politik murahan... tuduh tanpa bukti...
-
23-07-2012, 03:29 PM #7
-
23-07-2012, 04:17 PM #8
-
23-07-2012, 04:18 PM #9Status
- Offline
-
Gempak Super Hardcore
- Join Date
- Mar 2012
- Location
- Luar Dari Bimasakti
- Posts
- 3,204
- Mentioned
- 10 Post(s)
DAP ada komunis, PAS ada JI, PKR ada negara Israel,... UMNO , MCA ngan MIC ada apa??
Last edited by TechnOveruleZ; 23-07-2012 at 04:25 PM.
Hidden Content
Pr3P4R3 2 B3 R3F0RM4T!!!
Lu tuduh Gua Cytroop ke hapa, lantak lu. Yg penting benda yg aku post adalah dari isi hati aku sendiri. Wa pedulik apa dengan Lu!!
-
23-07-2012, 04:20 PM #10
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote







Bookmarks