Close
Login to Your Account


Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 11
  1. #1
    Status
    Offline
    mats_85's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Bidor, Perak
    Posts
    5,757
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah !!!


    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.



    Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.


    Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos. Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.



    Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.



    Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram. Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.


    "Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya. "Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."


    Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.


    Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.


    Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).


    Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.


    "... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga. Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.


    Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.


    "Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi.


    "Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya.








  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    khalidjr's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    May 2010
    Location
    Earth
    Posts
    503
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Bersih dah menjadi pertubuhan halal,bukan haram.To KDN,baek ko minta maaf dengan peserta-peserta Bersih kerana sebelum nie KDN pernah menyatakan Bersih adalah pertubuhan haram.

  4. #3
    Status
    Offline
    faizpg's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Nov 2011
    Posts
    1,993
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Lps ni leh wat perhimpunan tahunan la....
    Hidden Content Terapi mata untuk masalah kerabunan

  5. #4
    Status
    Offline
    KopiOkaw's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    May 2012
    Posts
    149
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @faizpg View Post
    Lps ni leh wat perhimpunan tahunan la....
    a'a.pastu maki hamun keluar,humban bata sana sini,pecahkan kepala orang,buat sampah sarap sana sini.Sokong LGBT...bagus tu...

  6. #5
    Status
    Offline
    khalidjr's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    May 2010
    Location
    Earth
    Posts
    503
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @KopiOkaw View Post
    a'a.pastu maki hamun keluar,humban bata sana sini,pecahkan kepala orang,buat sampah sarap sana sini.Sokong LGBT...bagus tu...
    BERSIH & LGBT adalah dua perkara berbeza.Tue pun tak tahu kerr?..

  7. #6
    Status
    Offline
    faizpg's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Nov 2011
    Posts
    1,993
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @khalidjr View Post
    BERSIH & LGBT adalah dua perkara berbeza.Tue pun tak tahu kerr?..
    statement standard papa gomo je tu.
    Nnt die die dh mumayi die tau la apr itu bersih dan apa itu lgbt
    Hidden Content Terapi mata untuk masalah kerabunan

  8. #7
    Status
    Offline
    Hanx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,361
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @khalidjr View Post
    BERSIH & LGBT adalah dua perkara berbeza.Tue pun tak tahu kerr?..
    mmg perkara yg amat berbeza..tgk la PAS,sokong je Bersih,tapi x mnyokong LGBT...nmpak sgt dh berbeza kat situ...
    Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

  9. #8
    Status
    Online
    taikoman's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2011
    Posts
    1,291
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @KopiOkaw View Post
    a'a.pastu maki hamun keluar,humban bata sana sini,pecahkan kepala orang,buat sampah sarap sana sini.Sokong LGBT...bagus tu...
    hok oloh.. x habes2 alsan same je..
    Hidden Content
    Sokong Bukan Kerana Bangsa, Tapi Kerana Agama
    Apa Gunanya Bangsa, Jika Agama Dipijak
    Apa Maknanya Hidup Tanpa Agama

  10. #9
    Status
    Offline
    mats_85's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Bidor, Perak
    Posts
    5,757
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @KopiOkaw View Post
    a'a.pastu maki hamun keluar,humban bata sana sini,pecahkan kepala orang,buat sampah sarap sana sini.Sokong LGBT...bagus tu...

    satu isu (rekaan/ tipu) jika diulang2, maka ada sebahagian yang akan percaya

    ada jugak yg terkena propaganda TV3 dan Utusan ...tahniah!anda terkena
    Last edited by mats_85; 25-07-2012 at 07:04 AM.

  11. #10
    Status
    Offline
    alexanderfaiz's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Nov 2011
    Location
    dalam tandas awam...
    Posts
    1,121
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @KopiOkaw View Post
    a'a.pastu maki hamun keluar,humban bata sana sini,pecahkan kepala orang,buat sampah sarap sana sini.Sokong LGBT...bagus tu...
    hahahaha..ni contoh org yg xcukup umur lg..LGBT dgn BERSIH adalah dua bnde yg bbeza...jgn campurkan..
    nnt dh besar skit dik, adik pk leklok ye...
    Jejaka Paling Kacak dalam Gempak.org Hidden Content

Page 1 of 2 12 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  

hit counter code