DAFTAR
Close
Login to Your Account
Page 1 of 2 12 Last
Results 1 to 10 of 12
  1. Gempak Hardcore azstrange's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Malaysia
    Posts
    1,381
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    32 Post(s)
    #1
    Assalammualaikum..

    Sebelum itu jom kita baca kenyataan DS Najib ini dulu.


    Najib: 'Kurang harga minyak orang kaya untung'



    Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika dibuat perbandingan antara janji pembangkang yang mahu kurangkan harga minyak dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - bantuan yang diberikan kerajaan itu lebih baik dan menguntungkan rakyat.

    "Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung.

    "Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping (wang kertas RM100). Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata.

    "Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung.

    "Ekonomi semakin berkembang," katanya yang disambut sorakan oleh kira-kira 1,000 hadirin.

    Najib yang juga pengerusi tiba di perkarangan Dataran Umno, Gerbang Malam, Bagan Serai dari Kuala Kangsar, Perak bagi menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia. Selepas itu, Najib akan meneruskan sesi jelajahnya ke Sungai Bayor, Selama, Perak.
    Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata pemberian BR1M membolehkan golongan sasar menggunakannya mengikut keperluan masing-masing.

    Bila kita dapat BR1M, kita boleh buat keputusan (guna untuk keperluan), bila kita dapat BR1M bukan sahaja kita untung, siapa lagi untung? Pekedai-pekedai juga untung, peniaga semua untung, pasar tani dan pasar minggu pun untung.

    "Jadi ekonomi kita berkembang, orang putih kata 'domestic demand' (permintaan domestik). Teori ekonomi kita tepat," katanya.

    Katanya. Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri kerana boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik.

    Beliau berkata apa yang dilaksanakan oleh kerajaan BN selaras dengan slogan "mendahulukan rakyat".

    "Kita telah tunjukkan bahawa kita adalah kerajaan mendahulukan rakyat, saya tidak buat slogan, saya jadikan ini sebagai falsafah untuk pegangan kita, sebab itulah apa yang kita lakukan ialah untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

    Katanya pembangkang hanya menabur janji yang belum tentu dapat dilaksanakan.

    "Bila jadi menteri kewangan dulu apa dia (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) buat? Saya kata bahawa nilai pada kepimpinan manusia ialah apa dia buat bila dia ada kuasa, bukan waktu dia tidak ada kuasa. Waktu dia tak ada kuasa dia boleh janji dan dia tabur janji. Itu mahu hapuskan, ini mahu dihapuskan," katanya.

    SUMBER :


    Sah2 minyak akan naik lepas PRU13 jika BN menang dan bukan rakyat Malaysia Senang.
    SUMBER :


    SUMBER :

    PM DS Najib mengatakan pula apa DS Anwar Ibrahim buat ketika jadi menteri kewangan dulu?ini fakta nya wahai DS Najib.


    Mungkin Dato' Najib lupa bahawa sebab musabab utama Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan serta difitnah adalah kerana beliau tidak mahu membenarkan wang negara digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO yang sedang kepanasan dan menghadapi maut dikala itu.


    Apa hak Najib mempersoalkan rekod Dato Seri Anwar Ibrahim? Apakah rekod Dato Najib ni baik sangat?


    Carta di bawah boleh memberi gambaran perbezaan kedua2 Menteri Kewangan (Anwar vs Najib):


    Untuk melihat fakta dari sudut statistik pula, sila rujuk gambarajah di bawah:

    SUMBER :
    Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara
    Tahun
    1992
    1993
    1994
    1995
    1996
    1997
    Lebihan/Defisit (%)
    (0.8)
    0.2
    2.3
    0.8
    0.7
    2.4
    Jumlah hutang negara (RM b)
    97
    96
    93
    91
    90
    89
    Tahun
    1998
    1999
    2000
    2001
    2002
    2003
    Lebihan/Defisit (%)
    (1.8)
    (3.2)
    (5.5)
    (5.2)
    (5.3)
    (5.0)
    Jumlah hutang negara (RM b)
    103
    112
    126
    146
    165
    189

    Tahun
    2004
    2005
    2006
    2007
    2008
    2009
    Lebihan/Defisit (%)
    (4.1)
    (3.4)
    (3.2)
    (3.1)
    (4.6)
    (6.7)
    Jumlah hutang negara (RM b)
    217
    229
    242
    267
    306
    362
    Tahun
    2010
    2011
    Lebihan/Defisit (%)
    (5.4)
    (4.8)
    Jumlah hutang negara (RM b)
    407
    456
    Sepanjang tempoh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Hutang negara yang diterajui oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak kini mencecah RM 456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 % daripada KDNK.Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Dato’ Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:
    Tahun
    1992
    1993
    1994
    1995
    1996
    1997
    Dividen PETRONAS (RM b)
    3.1
    3.1
    3.1
    3.1
    3.1
    3.1
    Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan
    Tahun
    2004
    2005
    2006
    2007
    Dividen PETRONAS (RM b)
    9.1
    11.0
    18.0
    24.0
    Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan
    Tahun
    2009
    2010
    2011
    Dividen PETRONAS (RM b)
    30.0
    30.0
    30.0
    Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan
    Ini pula pandangan saya sekadar logik :

    PM DS Najib kata turunkan harga minyak orang kaya untung dan berikan BR1M rakyat untuk.

    Sifir mudah saya guna mengenai BR1M 500:

    BR1M RM500/12 = RM41.67

    RM41.67 sahaja duit setiap bulan rakyat dapat tetapi adakah ianya cukup? harga minyak naik,barang naik adakah iainya cukup dengan nilai diatas jika harga minyak diturunkan orang kaya untung? ini kegilaan apakah?kalau pun PM DS Najib berikan RM1000 pon setiap bulan dapat RM83.34 adakanya ianya cukup jikalau harga minyak tidak diturunkan dan terus naik?nak bayar tarif elekrik lagi yang tengah naik sekarang,hutang lagi dengan kerja pun susah nak dapat,apakah kegilaan kenyataan seperti ini? Bukan setakat itu jer..Malaysia ini cukup terkenal dengan kroni2 BN kalau kerajaan BN tidak dapat atasi masalah ini pon,bagilah BR1M banyak mana sekali pon kalau BR1M tu jugak duit rakyat tetapi bukan untuk jangka masa yang panjang rakyat jugak akan susah..jadi buat lah pilihan anda dengan baik untuk memilih..


    Inikalilah Kita Ubah.. PASti DAPat KEADILAN!!
    Kalau Indonesia harga minyak murah tak kan kita pon tak boleh kan?

    SUMBER :
    Harga minyak turun! automatik harga barangan akan turun!! Sekian.
    Last edited by azstrange; 28-04-2013 at 02:36 PM.

    An Epic Rises Of Spammer

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. Gempak Hardcore realmeli's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    1,211
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    2 Post(s)
    #2
    najib otak lembu...cakap mcm orang bangang..ko bolehlah melantakpun guna duit rakyat,pergi sana sini pun minyak free jer x payah bayar,semua atas urusan rasmi kerajaan kononnya..
    Last edited by realmeli; 26-04-2013 at 04:28 PM.

  4. Gempak Senior paksu's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jan 2013
    Posts
    246
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    2 Post(s)
    #3
    cehhh...najib mngata org kedah....mmperlekehkan org kedah..
    "ketaq lutut dpt 5keping rm100...."....kami kebuloq sgt ka weiii najib.....

    hang pi memana pun...ada kluaq duit...smua ditnggung...(rakyat tlg bayaq kat hang....)
    skali hang pi oversea..mau cecah lebey rm20k....darab lak brapa kali hang kuar pi luar negara.....
    JPM dpt bill...setel ngan tempat2 hang pi...trmasuk duit minyak.....

    hang cuba tolak....pulak ngan BRIM kat rakyat...itu pun hnya layak je dpt....
    yg xlayak...merayu bagai nak rak.....puihhh laaa.....

    hang jangan CABAQ org Kedah....hang jgn CABAQ rakyat marhaen.....
    hang diangkat jd PM pun...sbb nama TUN RAZAK....kredibiliti hang OUT...!
    Peace, Love & Respect..!!!

  5. Gempak SuperStar
    Status
    Offline
    Join Date
    Mar 2011
    Posts
    508
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #4
    itu dia kenyataan papa najib....hahaha....memang terbaik la...terbaik dari ladang lembu...
    ku pilih agama dari dunia...
    tapi di dunia jua la kena kumpulkn amal utk akhirat kelak....

  6. Gempak Hardcore azstrange's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Malaysia
    Posts
    1,381
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    32 Post(s)
    #5
    Paksu agaknya BN lupa apa depa buat dah kat orang kedah sebelum PAS memerintah,saya orang kedah saya taw hal ni.

    Published Date
    7Feb 2013, 2.30ptg-4.30ptg, PERHIMPUNAN BONGKAR 403 JUTA mendapat kerjasama ‘amat baik’ sekali daripada pihak polis trafik Negeri Kedah kerana, membuat beberapa sekatan jalan sehingga tiada kenderaan langsung melalui kawasan jalan berhadapan dengan Dataran Masjid Zahir, oleh itu kumpulan perhimpunan ‘terpaksa’ berarak ke Kompleks Pekan Rabu demi menyampaikan maklumat kepincangan UMNOBNini..
    Perhimpunan bersurai setelah Hujan Rahmat turun dan disudahi dengan Doa rakyat Negeri Kedah yang teraniaya.. Doa dipanjatkan kepada Tuhan Semesta Alam oleh peserta himpunan sambil dibasahi hujan tidak lebat tetapi tidak renyai itu.. Dan hujan berhenti seusai perhimpunan bersurai tidak beberapa lama kemudian.. Semoga Doa rakyat Negeri Kedah didengari oleh-Nya.. Mari kita baca sedikit fakta berkenaan objektif himpunan ini dan saksikan beberapa keping gambar di sepanjang Perhimpunan tersebut.. Checkout!
    1)YAYASAN ISLAM DISAMAN RM11 JUTA

    YIKed di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.


    YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.

    2) RM6.15 JUTA HILANG, RM2.16 JUTA DISAMAN PROJEK UDANG

    Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun bersama seperti dalam perjanjian.


    Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta.


    3) KERAJAAN NEGERI AKAN DISAMAN RM22 JUTA

    Sebuah syarikat besar dalam proses menyaman kerajaan negeri Kedah sebanyak RM60 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi menteri besar. Syarikat itu dikatakan mendapat pembiayaan dari pihak tertentu di Qatar untuk projek JIP.


    Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan.


    4) GAGAL PROJEK 990EAST LANGKAWI RUGI RM48 JUTA

    Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana PKB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham. Mengapa benarkan pihak asing kuasai pemilikan sampai 80 peratus?


    Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.2 billion.


    5) BEBAN DAN RUGI SERI TEMIN RM25.6 JUTA

    Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) di masa BN telah membuat pembayaran di bawah item ‘sumbangan’ sebanyak RM8 juta. Daripada jumlah itu RM7.5 juta tidak mendapat pengecualian cukai kerana sumbangan kebanyakannya dibuat untuk membiayai aktiviti politik UMNO. STDC di bawah PR kena jelaskan cukai RM3.1 juta dan penalti RM1 juta kerana pengurusan lama lambat bayar cukai tanpa rebat pengecualian. Dibebankan pula dengan tuntutan hutang oleh pihak pembekal lebih RM14 juta sehingga memaksa syarikat tersebut hampir gulung tikar.


    6) LOGI AIR PADANG SANAI & LUBUK BUNTAR RUGI RM145 JUTA


    Pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi harganya RM65 juta. Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat. Mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian.


    7) PERJANJIAN DENGAN TALIWORKS LANGKAWI RUGI RM125 JUTA

    Di zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan kontrak sehingga 2020. Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.80 untuk satu meter padu air. Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25 juta, bermakna RM125 juta untuk lima tahun.


    8) KEMUSNAHAN ALAM PROJEK KUARI GUNUNG JERAI

    Terma perjanjian berat sebelah (menguntungkan pemaju) dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan.

    Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat.


    9) KOMPLEKS MPSPK LESAP RM10 JUTA KERJA TAK JADI

    Kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid telah meluluskan pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga siling RM40 juta, dinaikkan menjadi RM46 juta oleh Pegawai Kewangan Negeri pada masa itu. Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB) selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan kerja kepada syarikat rakan MB, Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan sebanyak RM10 juta tetapi kerja tidak berjalan. Kerja terbengkalai, menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar. Kerajaan kini yang menanggung kerugian yang dibuat oleh BN.


    10) PROJEK BALAK LALUAN TEKIH HILANG RM3 JUTA

    Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB BN kepada KCB. Datuk Tajul Urus Md Zain dan menantunya yang bertugas di KCB menguruskannya. KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita (apabila PR mengambilalih Kedah Mac 2008), sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Sehingga ini rekod pembalakan yang dianggarkan lebih RM3 juta itu hilang.


    11) PROJEK FEEDLOT DI PENDANG LESAP RM3.5 JUTA

    Projek Feedlot di Pendang adalah di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.5 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah.

    Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana projek itu hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun.

    Kalau KAIMB nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu KAIMB kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang syarikat berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan tidak dibayar. Insfrastruktur yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang serta tiada perjanjian dibuat dengan tuan tanah.


    12) TAMBAH HARGA RM2 JUTA UBAHSUAI SERI MENTALOON

    Majlis Mesyuarat Exco (MMK) di zaman BN tetapkan kerja mengubahsuai kediaman rasmi MB iaitu Kompleks Seri Mentaloon dengan harga siling RM5 juta. Semasa pembinaan syarikat Seri Temin Development Corporation menaikkan harga tanpa persetujuan MMK menjadi RM7 juta. Lebihan RM2 juta itu terpaksa dibayar di zaman Pakatan mentadbir.


    JUMLAH ANGGARAN KERUGIAN KESELURUHAN:

    1) Yayasan Islam RM11 juta


    2) projek udang Kerpan RM8.31

    3) Jerai International Park RM22 juta

    4) Projek 990East Langkawi RM48 juta

    5) Seri Temin RM25.6 juta

    6) Logi air Pdg Sanai & Lubuk Buntar RM145 juta

    7) Taliworks Langkawi RM125 juta

    8) Kuari Gunung Jerai (tiada anggaran)

    9) Kompleks MPSPK RM10 juta

    10) Projek balak laluan TEKIH RM3 juta

    11) Projek Feedlot di Pendang RM3.5 juta

    12) Ubahsuai Seri Mentaloon RM2 juta

    JUMLAH RM403.41 juta !!!!!





    Paksu tolong habaq kat orang2 kwasan paksu pasal skandal BN ni..biaq depa sedaq skit..Jangan bagi perompak memerintah KEDAH DARUL AMAN!

    SUMBER :
    Last edited by azstrange; 26-04-2013 at 04:48 PM.

    An Epic Rises Of Spammer

  7. Gempak Senior paksu's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jan 2013
    Posts
    246
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    2 Post(s)
    #6
    @azstrange : kekadang tu depa ni....nak kaburkan mata2 org kg mcm ni laa.....
    aku xkesah la...kalo xdpt or xbagi duit BRIM ke...apa2 yg 1M tu....tp, yg aku kesah....hangpa BN ni jgn laa ckp itu duit BN...
    itu duit rakyat.....!

    berani ka depa buat survey apa kehendak rakyat....??!!!
    sapa nak one-off duit poket rm500...stelah brtahun2 bayaq cukai....dan hasil negeri di ambil..dan dipulangkan sbg wang ehsan...atau apa2 ja istilah lain....?

    kita nk duit one-off tu kaa...(skali dpt...esok dh abis, sbb hrga barang mahai...) or....harga barang murah...minyak murah..toll xdak...ayaq free...seumur idup...spanjang pngurusan pentadbiran negara yg baik..(bkn one off nih....).?!

    pikiaq la cara logik.....
    Peace, Love & Respect..!!!

  8. Gempak Hardcore azstrange's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Malaysia
    Posts
    1,381
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    32 Post(s)
    #7
    Quote @paksu View Post
    @azstrange : kekadang tu depa ni....nak kaburkan mata2 org kg mcm ni laa.....
    aku xkesah la...kalo xdpt or xbagi duit BRIM ke...apa2 yg 1M tu....tp, yg aku kesah....hangpa BN ni jgn laa ckp itu duit BN...
    itu duit rakyat.....!

    berani ka depa buat survey apa kehendak rakyat....??!!!
    sapa nak one-off duit poket rm500...stelah brtahun2 bayaq cukai....dan hasil negeri di ambil..dan dipulangkan sbg wang ehsan...atau apa2 ja istilah lain....?

    kita nk duit one-off tu kaa...(skali dpt...esok dh abis, sbb hrga barang mahai...) or....harga barang murah...minyak murah..toll xdak...ayaq free...seumur idup...spanjang pngurusan pentadbiran negara yg baik..(bkn one off nih....).?!

    pikiaq la cara logik.....
    betoi 2 paksu..bgus cara pemikiran paksu 2..hbaq ja kat pakcik makcik kat kg yg duk tgok tv3suku utusan lagi 2..bg depa fakta jangan duk one-off makan suap ja x pkiaq jangka masa pnjang.

    An Epic Rises Of Spammer

  9. King Of Gempak Ken.Jiez's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2011
    Location
    Di Bumi Allah Yang Indah Ini
    Posts
    8,318
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    32 Post(s)
    #8
    diorg kabur mata golongan veteran boleh la.. tp tidak dpt kaburkan mata ank muda yg tau suber internet... kami anak2 muda TOLAK bn smpai jatuh gedebukkkk!!
    <a href=http://i.imgur.com/kwvo2JC.gif target=_blank>http://i.imgur.com/kwvo2JC.gif</a>

  10. Gempak Hardcore Amir2985's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kyoto..Meiji Era
    Posts
    1,220
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    1 Post(s)
    #9
    lima keping not rm100...Lembu punya kenyataan...berapa lama bole tahan itu lima keping not rm100 tu LEMBU woiii....die ingat rakyat malaysia ni **** mcm lembu ker...kalau nak tipu macai die xpe arrr...kes isu lembu pon senyap jek tandanya mereka ini dgn otak lembu sama jek..kalau minyak turun rakyat senang la lembu woiii..sebab keta dan moto rakyat malaysia ni pakai minyak..bkn pakai air...BN (Bangang Ni)

  11. King Of Gempak mp3's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    الإسكندرية
    Posts
    18,682
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    75 Post(s)
    #10
    kasi tukar kerajaan...
    http://www.gempak.org/forum/usersiggy/sigpic28142_4.gif

Page 1 of 2 12 Last

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List