Results 1 to 8 of 8
-
02-03-2012, 04:02 PM #1Status
- Offline
-
Gempak Lover
- Join Date
- Dec 2010
- Posts
- 305
- Mentioned
- 0 Post(s)
Anwar T’kedu Dasar Tegas K’jaan Sokong Palestin
Keberanian kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pemimpin Israel berhubung isu Palestin dan juga hubungan diplomatik patut dipuji dan disanjung.Tindakan tersebut sekali gus menutup mulut pembangkang yang menuduh kerajaan tunduk dan berlembut kepada Israel berkaitan perjuangan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis lebih 60 tahun.
Rakyat kini lebih yakin kepada kerajaan kerana mereka sedar bahawa sokongan Malaysia terhadap isu Palestin tidak pernah luntur dan negara tidak pernah berganjak menentang kezaliman Israel.
Ketiga-tiga surat tersebut merupakan utusan rasmi kerajaan kepada kerajaan dan ia menggariskan pendirian tegas kerajaan Malaysia yang mahukan Palestin dibebaskan daripda cengkaman Zionis dan sebuah negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat ditubuhkan.
Pendirian ini tidak pernah berubah sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Malangnya dasar tegas Malaysia tersebut mulai diancam apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Anwar bertanggungjawab meluluskan aktiviti import dan eksport oleh syarikat-syarikat swasta dari Malaysia.
Beliaulah individu yang menggunakan kuasanya sebagai seorang Menteri Kerajaan Persekutuan Malaysia pada tahun 1996 membuka ruang kepada perdagangan antara Malaysia-Israel.
Pembangkang terutamanya penyokong PKR berdemonstrasi di Pelabuhan Westport kononnya membantah kapal-kapal dagang Zim yang didaftarkan di Israel berlabuh di perairan negara.
Malangna mereka tidak memeriksa fakta dan hakikat bahawa Ketua Umum merekalah yang menjadi pengkhianat bangsa, agama dan negara membenarkan kapal-kapal tersebut berlabuh.
Jika Anwar tidak menjadi dalang memberi kelulusan 16 tahun lalu, tidak mungkin kapal-kapal negara Yahudi itu berani membuat hubungan dagangan dengan Malaysia secara terangan.
Oleh sebab itulah sebelum beliau dipecat oleh Dr Mahathir pada tahun 1998, akhbar Amerika Syarikat ang berpengaruh, The Washington Post telah menggelar Anwar “as a good friend of the West.”
Apa tidaknya kerana melalui Anwarlah Israel berjaya membuat hubungan dagang dengan Malaysia walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik secara rasmi.
Ini kerana Amerika Syarikat dan negara-negara Barat melihat sikap Anwar amat lunak dan lembut terhadap Israel dan justeru itu menganggap beliau sebagai sahabat baik yang boleh diharapkan untuk menyokong isu-isu berkaitan Israel di peringkat antarabangsa.
Ini terbukti sekali lagi apabila Anwar membuat kenyataan menyokong jaminan keselamatan Israel kepada sebuah akhbar milik Yahudi, Wall Street Journal.
Sehingga kini mulut Anwar terkunci dan lidahnya kelu untuk menjawab tindakan berani kerajaan mendedahkan ketiga-tiga surat Dr Mahathir untuk tatapan rakyat.
Beliau tidak berani berkata apa-apa kerana tahu bahawa tembelang dan sikap munafik nya telah ditelanjangkan dan kini rakyat tahu siapa Anwar sebenarnya.
Adalah amat merbahaya jika pemimpin seperti dibenarkan memegang tampuk pemerintahanan negara kerana nasib agama Islam dan umat Islam akan digadai kepada musuh.
Pemimpin yang bertindak sebagai agen Yahudi se[erti Anwar wajib ditolak sepenuhnya.
PKR sebagai ‘parti masa depan’ dan slogan ‘politik baru’ yang di bawa oleh Anwar hanyalah imaginasi seorang yang licik menipu dan mengkhianati bangsa dan negaranya sendiri.
http://mynewshub.my/2012/03/02/anwar...kong-palestin/
Latest Entries
- Soalan SPM Untuk Pakatan Rakyat Yang Syok Sendiri
- Apa Khabarnya Kutipan Derma Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu...
- Bob lokman pemegang lesen murtad di malaysia.
- DAP pertikaikan pembahagian kerusi exco Selangor yg telah...
- Antara Mencintai Tanahair Dan Mencintai Penguasanya - Dr Asri
- Jawapan Kepada Sesiapa Yang Berputus Asa Nak Berdakwah
- Pelan GST BN tekan rakyat bawahan
- WAJIB BACA!! FAKTA BLACK OUT!!! Kantoi Terbesar Cybertrooper DAP...
- Jawapan Kepada Siapa Yang Redha Atas Penipuan Dalam PRU13
- Terbukti Adil Kebebasan Bersuara Di Malaysia
-
02-03-2012 04:02 PM # ADS
-
02-03-2012, 09:18 PM #2Status
- Offline
-
Gempak Hardcore
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- Sekadar Menumpang Dibumi Allah
- Posts
- 1,506
- Mentioned
- 0 Post(s)
Teruskan membongkar.... nice fact. Pergi Jahanam dgn Israel, Pergi Jahanam juga sekali dengan supporter israel.
-
03-03-2012, 12:11 AM #3
-
03-03-2012, 09:28 AM #4
-
03-03-2012, 01:46 PM #5
-
04-03-2012, 12:04 AM #6
TV3 suku memang banyak tipu... dalam video tu, jangan dengar ulasan pemberita TV3 suku tu... dengar lah apa yang dikata pemimpin HAMAS sendiri dari Palestin tentang kenyataan Anwar tu..
Bersikaplah adil dalam menilai, bukan menyokong pemimpin yang buat kesilapan sampai rebah...
walaubagaimanapun, UMNO lebih berbahaya berbanding Anwar dalam isu menyokong Israel ini kerana kerajaan BN membantu ekonomi Israel dengan berdagang dgn negara haram itu..
Kerajaan BN & Anwar tetap salah dalam menyokong negara haram Israel...
Tugas rakyat ialah menegur pemimpin yang membuat kesilapan, bukan mengampu sepanjang masa...
Nilailah pemimpin anda dengan 'neraca keadilan' bukan menilai pemimpin anda dengan 'neraca ketaksuban kpd pemimpin & parti'...
-
04-03-2012, 02:13 AM #7Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- Pasir Mas,Kelantan
- Posts
- 8,380
- Mentioned
- 0 Post(s)
Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.
-
05-03-2012, 11:30 PM #8
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote







Apabila Anak Menjadi Artis