Results 1 to 1 of 1
-
01-05-2012, 06:51 PM #1
Bersih : Cuepacs mahu penganjur bayar pampasan

Cuepacs mahu penganjur bayar pampasan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penganjur perhimpunan Sabtu lepas membayar pampasan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas media yang cedera akibat tindakan peserta perhimpunan.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs kesal dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang sengaja mencederakan anggota polis dan warga media yang bertugas sehingga terlantar di hospital.

"Cuepacs sebagai payung kepada penjawat awam di negara ini termasuk anggota keselamatan kesal dengan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pendidikan Cuepacs oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di Kolej Shahputra di Kuantan hari ini.
Omar berkata Cuepacs juga tidak akan membela penjawat awam yang ditangkap kerana didapati menyertai perhimpunan tersebut.
"Sekiranya penjawat awam ini tertangkap menyertai perhimpunan sebegini, mereka perlu selesaikan sendiri dan tanggung segala risiko serta segala hak mutlak mereka akan terhapus dan berkemungkinan dibuang kerja atau tindakan tatatertib," katanya.
Katanya perkara itu selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam yang melarang penjawat awam terlibat dalam perhimpunan haram atau sebarang bentuk gerakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.
- Bernama
Latest Entries
- Rosmah Dinobat Wanita Paling Berkuasa Di Malaysia
- Sidang Kecoh, Speaker Dun Terengganu Tolak Usul Pasar Payang
- Selepas PRU13, Dr Mahathir Tunai Janji Untuk Mula Kritik Najib
- Agak-Agaknyalah, Berapa Harga Satu Fatwa?
- Wasiat Raja Raja Melayu Yang Terus Pudar Dek Kerana Bangsa...
- Pemimpin UMNO Usah Bongkak Dan Riak
- Soalan Lazim Bagi Boikot Upacara Angkat Sumpah Parlimen
- UAI Antara Alasan BN Fail Petisyen
- Lagi Janji Barisan Nasional
- Volkswagen Jawab Isu Harga Kereta
-
The Following User Says Thank You to protege For This Useful Post:
-
01-05-2012 06:51 PM # ADS
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote





Bookmarks