Close
Login to Your Account


Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    Status
    Offline
    フェザル's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Federal Territory
    Posts
    2,166
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Azmin Patut Dirujuk Ke Jawatankuasa Disiplin PKR

    SETELAH beberapa hari sejak isu ini terbongkar, terus terang penulis katakan yang penulis ada masalah dengan cara YB Azmin Ali mengendalikan isu berkaitan penyebaran gambar-gambar dari video seks yang didakwa membabitkan dirinya.

    Memang penulis akui Azmin bertindak pantas dengan mengeluarkan kenyataan penafian secara bertulis, sehari selepas gambar-gambar tersebut tersebar. Tapi sejak dari itu, hanya penafian itu sahajalah yang kami semua ada untuk mempertahankan Azmin.

    Cukupkah? Sudah tentu tidak cukup.

    Paling mengecewakan penulis ialah masih tidak ada lagi laporan polis dibuat Azmin berhubung dengan penyebaran gambar-gambar tersebut sehingga hari ini., walhal hari ini sudah masuk hari ke-5 sejak gambar-gambar itu tersebar!!

    Berbeza dengan kes video seks fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu bila mana laporan polis dibuat dengan segera iaitu sehari selepas ianya ditayangkan kepada sekumpulan wartawan oleh Trio Datuk T di Carcosa Seri Negara.

    Apa sebenarnya yang menghalang Azmin dari membuat laporan polis dengan segera dan kemudiannya menyaman semua pihak-pihak yang terbabit pun penulis kurang pasti.

    Sedangkan kalau diikut dari kenyataan bertulisnya yang dikeluarkan pada Isnin, beliau benar-benar yakin dengan pihak mana yang menyebarkan gambar-gambar tersebut bagi tujuan memfitnahnya.

    Hari ini Ummi Hafilda pula menambah minyak kepada api yang semakin marak apabila membuat kenyataan mengesahkan lelaki dalam video tersebut adalah 99.9% abangnya.

    Apa pun yang kita boleh cakap dan gelar kepada perempuan puaka ini, satu yang pasti ialah dia masih lagi adik kandung Azmin yang membesar bersama. Justeru, kelebihan untuk mengenal pasti abangnya sendiri memang sentiasa berpihak kepada dia, dibandingkan dengan kita semua yang hanya mengenali Azmin sebagai pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat.

    Melainkanlah, ada kenyataan balas dari Shamsidar Taharin yang menafikan lelaki dalam video tersebut adalah suaminya!!

    Penulis tidak bimbang dengan kesan kenyataan Ummi Hafilda itu dikalangan penyokong Pakatan Rakyat mahupun penyokong BN, penulis bimbang dengan kesannya kepada golongan atas pagar yang lebih ramai dari penyokong Pakatan Rakyat dan BN – digabungkan semua sekali.

    Seingat penulis, jarang atau tidak pernah Pakatan Rakyat ketinggalan dalam menjawab sesuatu isu, terutama sekali dilihat dari cara jentera kita bergerak dalam melawan fitnah video seks yang dikaitkan dengan Anwar dahulu.

    Berlainan dengan kes yang ini.

    Justeru, bagi menutup kelemahan dan kekurangan yang ada, penulis suka nak mencadangkan agar Azmin dihadapkan ke Jawatankuasa Displin parti untuk kesnya didengari dan diputuskan. Sekurang-kurangnya rakyat melihat parti ada berbuat sesuatu dalam menangani kes Azmin ini.

    Walaupun kes ini bersifat peribadi tapi ia membabitkan maruah dan imej parti dalam masa yang sama kerana jawatan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR adalah jawatan sepenuh masa, tidak terikat dengan batasan masa seperti golongan pekerja kolar putih yag lain.

    Penulis mendesak, pihak kepimpinan tertinggi PKR mengambil tindakan dengan segera dalam isu ini sebelum ianya melarat dan mengurangkan lagi peluang kita untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di Putrajaya.



    http://suarapakatanrakyat.com/2012/05/azmin-patut-dirujuk-ke-jawatankuasa-displin-pkr/



    Hidden Content
    YNWA [You'll Never Win Anything]

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Quickie's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jul 2011
    Location
    ♥ Penang
    Posts
    1,711
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    nak dekat PRU ni... mcm2 hal la... 1Malaysia

  4. #3
    Status
    Offline
    msafuan5's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    49
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Nape penyabar gambar tu tak terus report ke polis ek??

  5. #4
    Status
    Offline
    vivi_^'s Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    77
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    nk pru ni ade je isu2 baru yg timbul.. kdg2 tu aku pelik gak cnth kes pak nuar ngn saiful.. kalau nk ikot logic umur si saiful tu lg muda kot dari pak nuar tu.. xkn laa die x bole nk tendang or buat pape mase pak nuar nk liwat die.. kuat sgt pak nuar ni agak nye macam hulk sbb tu xble nk melawan agaknye kn.. pastu pasal kes2 video sex ni, npe x g cekup aje mase dieorg tga syok2 buat mende tu.. ni x sibuk2 nk rakam aje... kalau terus je g tgkp kn ke senang.. ni just pandangan aku.. korang pulak macam mane??

  6. #5
    Status
    Offline
    hihie's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2011
    Posts
    1,033
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    dah jadi pekerjaan la kot amik gambar2 sensasi sebegitu... mungkin pendapatan lumayan juga..
    Malaysia oh Malaysia... kenapa sebegini rupa...~ koho lama koho parowk~

  7. #6
    Status
    Offline
    zulraqqyi's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Aug 2010
    Posts
    418
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Kalau la benda ni x benar... macamna la orang yang dok bawa cerita ni..

    bila mati nanti nak minta maaf ke sapa?

    Fitnah sekarang merata2...

  8. #7
    Status
    Offline
    dumond's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    262
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Negara ni dah jd tunggang tebalik dh. Klu dulu bangga sgt dgn islam hadhari aka islam hari-hari. Tp skrg dh jd negara porno, mcm negara thailand plk.

  9. #8
    Status
    Offline
    mats_85's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Bidor, Perak
    Posts
    5,759
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Ummi kata 99.9 %
    laku lagi upenya statement pempuan ni

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •