Close
Login to Your Account


Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 16
  1. #1
    Status
    Offline
    khayalan's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Dec 2010
    Posts
    305
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Rasa Masam Lebuh Raya Husam

    Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut.

    Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan olehRBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula.

    Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri.

    Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.



    Secara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion.

    Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita.

    YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS, sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam menunaikan janjinya kepada rakyat.

    Segala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS.

    Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci. Sudah pasti peristiwa masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan Nasional.

    Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional.

    Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik.

    Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.

    Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan.



    Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.

    Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan punya tapak ceramah dan para penceramah.

    Rakyat hanya dapat rasa masam dari janji manis.
    bekas blogger husam




  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    zlywise's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Sekadar Menumpang Dibumi Allah
    Posts
    1,506
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Rakyat hanya dapat rasa masam dari janji manis.
    bekas blogger husam




    Macam ada ketam disebalik lumpur je ni... semoga kebenaran terbukti.

  4. #3
    Status
    Offline
    lutfi91's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    261
    Mentioned
    3 Post(s)

    Default

    boleh sape2 sahkan sumber ni boleh percaye ker?

  5. #4
    Status
    Offline
    xrizalide's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Nov 2010
    Posts
    489
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kalo stakat wat carta bar camtu xder sumber.. atau dokuman sah.. adik aku baru darjah 5 ble buat... cheh...
    Aku bukan superstar, kaya dan terkenal, bukan saudagar yang punya banyak kapal, ku hanyalah orang yang ingin tutttttttttt.....

  6. #5
    Status
    Offline
    nix_muhammad's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    241
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    hahaha ada yang nak memfitnah lg ker aduyaiiii haahahhaha tak habis2....

  7. #6
    Status
    Offline
    Fisa91's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    4,281
    Mentioned
    31 Post(s)

    Default

    dulu masa jambatan nak buat, kerjaan kata ada duit ke.
    bila dah siap kerjaan senyap

    dulu bila kerjaan kelantan hapuskan riba, kerajaan kata nnti mana nak dpat hasil negeri
    bila berjaya kerjaan senyap

    dulu kerjaan kelantan dpt negeri kelantan, kerjaan kata 3 bulan je tu, nnti bgi balik kat kta, dorg mana ad duit.
    bila kelantan buktikan kerjaan senyap.

    ini bila lebuhraya siap, kerjaan pun senyaplah
    || Pucuk Paku Dalam Paku || Paku Datang Dari Seberang || Cari Aku dalam Aku || Aku Sembunyi Dalam Terang ||

  8. #7
    Status
    Offline
    bon13's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Jun 2011
    Location
    Kedah, Malaysia
    Age
    22
    Posts
    423
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Ye ker ni...

  9. #8
    Status
    Offline
    TechnOveruleZ's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Luar Dari Bimasakti
    Posts
    3,260
    Mentioned
    11 Post(s)

    Default

    ntah la, time tabur janji dulu, kata kerajaan PAS kelantan tanggung 100%, awat no banner besau-besau mintak bank in duit kat dlm akaun syarikat husam pulak, pelik haku
    Hidden Content
    Pr3P4R3 2 B3 R3F0RM4T!!!

    Lu tuduh Gua Cytroop ke hapa, lantak lu. Yg penting benda yg aku post adalah dari isi hati aku sendiri. Wa pedulik apa dengan Lu!!

  10. #9
    Status
    Offline
    Fisa91's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    4,281
    Mentioned
    31 Post(s)

    Default

    Quote @draconian78 View Post
    ntah la, time tabur janji dulu, kata kerajaan PAS kelantan tanggung 100%, awat no banner besau-besau mintak bank in duit kat dlm akaun syarikat husam pulak, pelik haku
    sokong la benda baik.
    aku kerjaan wat benda baik mcm tv al-hijrah tu pun aku sokong.
    pyh betul jadi org dengki ni. busuk hati.
    || Pucuk Paku Dalam Paku || Paku Datang Dari Seberang || Cari Aku dalam Aku || Aku Sembunyi Dalam Terang ||

  11. #10
    Status
    Offline
    bladeguy's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    114
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @draconian78 View Post
    ntah la, time tabur janji dulu, kata kerajaan PAS kelantan tanggung 100%, awat no banner besau-besau mintak bank in duit kat dlm akaun syarikat husam pulak, pelik haku
    klu dah tak nak bagi sumbangan tak yah la nak buruk buruk kan PAS....kerajaan tak pakse cam mane kerajaan yang mendahulukan rakyat kononnye buat..suke suke nak naik kan harge barang...gamai lagi org yang sanggup menyumbang untuk kesenangan mereke di kendian hari....jd klu tak nak sumbang jgn nak mengutuk nau....sok klu lebuhraye tu siap tak kire puak mane lalu pon free....tak de nye PAS nak beze beze kan parti....

Page 1 of 2 12 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •