Close
Login to Your Account


Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 14
  1. #1
    Status
    Offline
    Badr's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Dec 2011
    Posts
    456
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Kerajaan BN mula panik, kata MB Selangor

    SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa kesediaan Kerajaan Negeri Selangor mencari dana bagi membantu penuntut Universiti Selangor (Unisel) telah mengakibatkan Barisan Nasional(BN) kelam-kabut dan menarik balik pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Khalid berkata, ekoran masalah yang dihadapi pelajar Unisel, dianggarkan 1,076 orang, menyebabkan kerajaan negeri mencari sumber kewangan lain bagi membantu mereka.

    “Hasil daripada pelbagai usaha kita sudah ada duit sebanyak RM30 juta bagi membantu pelajar selepas dinafikan hak mendapat pinjaman di bawah PTPTN.

    “Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.

    “Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi (kelmarin) PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel,” kata beliau pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi.

    Langkah menggunakan aset Kerajaan Negeri itu diumumkan lewat kelmarin.

    Khamis lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dilaporkan berkata, tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi diberi secara percuma, membuktikan perkara itu.

    Semalam, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, agensi itu menarik balik pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut Unisel berkuat kuasa serta-merta.

    "Menteri Pengajian Tinggi telah pun menghantar surat kepada Unisel mengenai penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN dan para pelajar boleh memohon PTPTN seperti biasa," katanya dipetik Harakah Daily.

    Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat respons daripada pelbagai pihak terutama daripada ibu bapa pelajar yang mahu sekatan itu ditarik balik.

    "Mereka berkata sekiranya PTPTN meneruskan pembekuan tersebut anak-anak mereka terpaksa berhenti belajar sebab tidak mampu menaggung kos pembelajaran di situ," katanya.

    Ismail berkata, langkah menarik balik sekatan itu juga dibuat ekoran Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan pemilik Unisel dilihat tidak mampu menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.

    Turut hadir pada ceramah malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli;

    Ketua PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan Yang Dipertua Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

    Isu PTPTN menjadi hangat apabila Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga menawarkan memberi pendidikan percuma kepada rakyat, dengan mengembalikan semula biasiswa yang ditukar menjadi pinjaman di bawah kerajaan BN sekarang.

    Anwar pula memberitahu sekiranya PR menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), langkah pertama akan diambil mengisytihar memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

    Katanya, kerajaan hanya memerlukan sekitar RM5 bilion bagi memberi pendidikan percuma dan bantuan kepada pelajar setiap tahun.

    “Setiap tahun kerajaan mendapat hasil daripada royalti petroleum sebanyak RM80 bilion, dan hanya RM5 bilion digunakan bagi tujuan pendidikan percuma.

    “Kita masih lagi ada RM75 bilion, bagaimanapun pula ada pihak menganggap negara boleh bankrap dengan menyediakan pendidikan percuma. Saya pun tidak faham kaedah matematik yang mereka gunakan,” ujarnya.



    tolong remove kalo salah section



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    フェザル's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Federal Territory
    Posts
    2,166
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    bukan ke naib canselor unisel yg pegi merayu dkt KPT?
    Hidden Content
    YNWA [You'll Never Win Anything]

  4. #3
    Status
    Offline
    alexanderfaiz's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Nov 2011
    Location
    dalam tandas awam...
    Posts
    1,121
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ha...baru pecah tembelang korg...ak sokong ape yg kerajaan PR bwt kt Selangor...npe PTPTN tetibe batalkan pembekuan pinjamaan utk budak UNISEL? takowt PR xde duet ke? ke nk ugut? PR bkn miskin la ...phm tu ye..
    Jejaka Paling Kacak dalam Gempak.org Hidden Content

  5. #4
    Status
    Offline
    syahimran69's Avatar
    Banned
    Join Date
    Nov 2011
    Posts
    729
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    makin hancur ler melayu kat malaysia ...cina dan india tunggu masa nak rampas kuasa...melayu makin hari makin ****h dan makin gila kuasa....

  6. #5
    Status
    Offline
    nix_muhammad's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    229
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    MALAYSIA ni sebenarnya kaya , tapi bile pemimpin tak pandai manage dan byk sgt tolong kroni , mcm nilah jadinya .... jelajah janji ditepati konon .. cehh .. jihad konon ... bile la mereka nk terima hidayah menjalankan ISLAM yang sebenar

  7. #6
    Status
    Offline
    Dantemus's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    Sacred Garden
    Posts
    819
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    tu lah, ingat kerajaan selangor takde duit ke?

  8. #7
    Status
    Offline
    TechnOveruleZ's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Luar Dari Bimasakti
    Posts
    3,180
    Mentioned
    4 Post(s)

    Default

    kalau ko kata kerajaan selangor xder duit, afsal depa nak jual tanah unisel 200 ekar tu?? pelik haku
    Hidden Content
    Pr3P4R3 2 B3 R3F0RM4T!!!

    Lu tuduh Gua Cytroop ke hapa, lantak lu. Yg penting benda yg aku post adalah dari isi hati aku sendiri. Wa pedulik apa dengan Lu!!

  9. #8
    Status
    Offline
    odeng's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    MUAR bandar diraja
    Posts
    1,995
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @フェザル View Post
    bukan ke naib canselor unisel yg pegi merayu dkt KPT?
    tu la...aku pun confuse mana satu betol ni...

  10. #9
    Status
    Offline
    Izar87's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    KEDAH MALI...
    Posts
    1,883
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @TechnOveruleZ View Post
    kalau ko kata kerajaan selangor xder duit, afsal depa nak jual tanah unisel 200 ekar tu?? pelik haku
    mna bukti bro PR nk jual tanah 200 ekar. takat nk jd keyboard warrior tk pyah nk tunjuk hero la
    <-Jom la msuk sini... Hidden Content ->

    Buat duit tanpa keluar modal jom msuk sini Hidden Content

  11. #10
    Status
    Online
    master_slayer's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Jun 2009
    Posts
    115
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    tu lah orang tua2 ckp menang sorak kampung tergadai , nie baru satu U kalau seluruh malaysia punyer U mahu dia jual malaysia gamak nyer

Page 1 of 2 12 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •