Results 1 to 10 of 16
Thread: Pergi Kahwin Menaiki Rakit
-
08-06-2012, 08:34 PM #1
Pergi Kahwin Menaiki Rakit

Kelainan

Pengantin lelaki Mohd Redzuan Md Salleh, 32, diarak menggunakan rakit buluh menyusuri Sungai Muda dari Pengkalan Sungai Nami ke Jeti Jungle Resort, Kuala Nerang sejauh dua kilometer sebelum disambut pasangannya Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff, 19, dan ahli keluarga yang lain. - Foto Bernama

Pasangan pengantin Mohd. Redzuan Md. Salleh bersama Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff di atas rakit buluh selepas pengantin lelaki berakit sejauh dua kilometer di Sungai Nami, Kampung Tanjung Piring, Nami, Sik, Kedah, semalam. - utusan/Kamal Basir

Quote:
SIK 6 Jun - Majlis perkahwinan di Kampung Tanjung Piring di sini hari ini, mencipta keunikan tersendiri apabila pengantin lelaki dibawa menyusuri Sungai Nami menggunakan rakit sejauh dua kilometer (km) sebelum menemui pasangannya di tebing sungai.
Pengantin lelaki, Mohd. Redzuan Md. Salleh, 32, dilihat tidak kekok sepanjang berada di atas rakit buluh yang dikemudikan dua penduduk kampungnya.
Sebaik sampai di tebing sungai di pusat penginapan dan rekreasi, Jungle Resort, Mohd. Redzuan disambut pengantin perempuan, Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al-Sagoff, 19, dengan iringan muzik tradisional oleh Kumpulan Gendang Sri Indah dari Kampung Bakong, Kuala Nerang.
Pasangan pengantin itu kemudiannya meluangkan masa kira-kira lima minit berada di atas rakit.
Mohd. Redzuan berkata, idea menggunakan rakit dalam majlis perkahwinannya tercetus sebulan lalu dan direalisasikan penduduk kampung yang bergotong-royong membinanya.
"Saya mahu perkahwinan ini berlangsung dengan unik dan mencipta satu kenangan indah buat kami.
"Selain itu, rakit juga mengimbau kenangan zaman kanak-kanak saya yang ketika itu banyak menghabiskan masa bermain rakit di sungai ini," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Mohd. Redzuan berasal dari Kampung Tanjung Piring dan merupakan seorang ahli perniagaan kayu gaharu.
Sementara itu, Sharifah Norhafizoh dari Felda Lubuk Merbau berkata, dia bersetuju dengan idea untuk menggunakan rakit kerana sesuai dengan lokasi majlis yang dikelilingi hutan dan terletak bersebelahan sungai.
"Biarlah majlis perkahwinan ini menjadi kenangan manis buat kami yang telah menyulam cinta sejak tiga tahun lalu," katanya yang merupakan seorang peniaga.
Latest Entries
- Detik Detik Sebelum Aaaahhhhh........
- (11 Gambar) Konsep LAMBORGHINI Egoista Sempena Ulang Tahun Ke-50
- Orang Perempuan Lawan Gusti Lengan
- Kenangan Zaman Sekolah
- Mee Pelangi
- Flexible Product
- Gadis Korea Bertukar Selepas Pembedahan
- Cosplay Cantik Selepas Dan Sebelum
- Bola ping pong
- Perempuan Yang Tidak Pernah Potong Kuku Selama 19 Tahun
-
08-06-2012 08:34 PM # ADS
-
08-06-2012, 08:45 PM #2
haha..kemaih kot!!
-
08-06-2012, 09:21 PM #3Status
- Offline
-
Gempak Hardcore
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- Sekadar Menumpang Dibumi Allah
- Posts
- 1,506
- Mentioned
- 0 Post(s)
Atas rakit ada rakit satu lagi, rakit keselamatan kot~~
-
08-06-2012, 10:23 PM #4
-
08-06-2012, 10:24 PM #5
-
08-06-2012, 10:42 PM #6
rmai bdak2 kt blakng tuh
-
08-06-2012, 11:39 PM #7
...stylo
-
09-06-2012, 02:19 AM #8
TT taip sendiri ke..mane sumber..
-
09-06-2012, 09:05 AM #9Status
- Offline
-
Gempak Hardcore
- Join Date
- Jul 2010
- Location
- Constantinople
- Posts
- 1,157
- Mentioned
- 0 Post(s)
pngantin pmpuan umur 19thun, muda tu..
Nak puasa tengok anak BULAN, nak raya pun tngok anak bulan,, Nak beranak tggu sembilan BULAN, Nak gaji tggu cukup BULAN, Nak selamatkan negara pangkah???...
-
09-06-2012, 09:07 AM #10
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote









Image google