DAFTAR
Close
Login to Your Account
Results 1 to 1 of 1
  1. King Of Gempak
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,536
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    24 Post(s)
    #1

    Soalan:
    Kebanyakan wanita menanggalkan seluar atau kain yang dipakainya bersama seluar dalamnya sebelum menunaikan solat dengan alasan ragu-ragu akan kesucian seluar/kain yang dipakai itu .Tapi keadaan ini menimbulkan kemusykilan saya yang mana saya sendiri melakukan perkara sedemikan rupa setiap kali saya ingin solat . Yang saya musykilkan bagaimanakah keadaanya solat itu sekiranya bayang-bayang kaki itu kelihatan kerana kebanyakan kain telekung yang diperbuat dari kain cotton itu memang jarang dan sekiranya tidak memakai kain/seluar di dalamnya memang akan nampaklah bayang-bayang kaki. Ini juga sama dengan keadaan batang leher kita. Adakah sah sembahyang kita sekiranya sekiranya nampak bayang-bayang auratnya ?

    Salmah, Kluang

    Jawapan:
    Pakaian dalam solat adalah menutup seluruh aurat bagi wanita. Ertinya pakaian mereka tidak hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sedangkan bahagian yang lain terbuka. Ramai kalangan wanita zaman moden ini mereka berpakaian tetapi sebenar telanjang disebabkan pakaian tersebut mengikut bentuk tubuh ataupun kain yang digunakan jarang sehingga nampak kulit dan aurat mereka. Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raaf ayat 26)

    Jika telekung yang digunakan untuk solat itu jarang, sehingga menampakkan aurat atau anggota tubuh maka sudah jelaslah solat yang dikerjakan tersebut tidak sah, kerana meninggalkan salah satu syarat sah solat. Usahakanlah menggunakan telekung yang pakaian yang benar-benar memenuhi ciri-ciri pakaian taqwa seperti yang disebut dalam ayat diatas, ertinya tidak menampakkan bentuk tubuh dan tidak nampak kulit atau aurat orang yang memakainya. Wallahu A'lam.

    Kredit to adeqshah

    http://3.bp.blogspot.com/-Issgg51LEpc/UPDeXfqpiRI/AAAAAAAABr0/gitAf6kEkIk/s320/thanks.gif

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List