Results 1 to 1 of 1
Thread: Mencegah Kehamilan
-
22-02-2011, 04:44 PM #1Status
- Offline
- Join Date
- Oct 2009
- Location
- "What U Give U Get Back"
- Posts
- 19,058
- Mentioned
- 3 Post(s)
Mencegah Kehamilan

Soalan:
Apakah hukum seseorang wanita menggunakan 'IUCD' (sejenis alat yang dimasukkan ke dalam sistem peranakan wanita bagi mencegah kehamilan) diatas sebab-sebab kesihatan yang memerlukan jarak
kehamilan dilakukan dan apabila wanita itu meninggal dunia. Adakah alat tersebut wajib dikeluarkan dari tubuh badan beliau?
Aniza, Bukit Kayu Hitam
Jawapan:
Pemandulan ialah satu cara untuk mencegah kehamilan kepada perempuan selama-lamanya atau sementara waktu. Jika untuk selama-lamanya tidak ada perselisihan di kalangan ulamak dari segi pengharmannya, kerana ia menghapuskan keturunan yang diperintahkan oleh syarak menjaganya ataupun memperbanyakkannya. Menurut Ibnu Hajar, "haram menggunakan sesuatu yang boleh menghapuskan kandungan selama-lamanya sebagaimana yang ditegaskan oleh kebanyakan ulamak, inilah yang zahirnya".
Pemandulan selama-lamanya berlaku dengan cara memotong saluran mani dan mengikatnya bagi lelaki dan dengan cara membuang saluran telur dan rahim atau memotong dua saluran falopian dan mengikatnya bagi perempuan. Sedangkan pemandulan sementara pula hukumnya adalah harus atau boleh kerana dikiaskan dengan 'azal (maksudnya suami memancarkan maninya di luar rahim isterinya untuk mengelakkan dari mengandung).
Al Bujairimi menjelaskan "Adapun melambatkan atau menjarakkan kehamilan buat sementara waktu dengan tidak menghentikannya sama sekali maka hukumnya tidaklah haram, menurut pendapat yang zahir, malah jika dengan sebab sesuatu keuzuran seperti faktor kesihata, untuk mendidik anak tidaklah makruh hukumnya melewatkan masa mengandung. Jika tidak ada alasan yang kuat maka hukumnya makruh".
Jadi jika usaha yang anda lakukan untuk menjarakkan kelahiran anak hanya bersifat sementara waktu dan dilakukan dengan sebab-sebab keuzuran atau faktir kesihatan dan lain-lain yang dapat dierima dari segi syarak, maka dibolehkan menjarakkan kehamilan. Seandainya dalam masa memakai alat menjarangkan kehamilan itu wanita tersebut meninggal dunia, maka tidak perlulah menyakiti si mayat dengan bersusah payah mengeluarkan sesuatu yang hukumnya harus atau boleh. Dengan memegang syarat bahawa tujuan pemasangan alat tersebut hanya bersifat sementara bukan sebaliknya dengan tujuan untuk selama-lamanya yang menyebabkan pemakaian alat tersebut menjadi haram.
Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih DN 224
Kredit to adeqshah
Latest Entries
- Pertanyaan: Hukum Baca Tafsir Al-Quran
- Pertanyaan solat..sy xpaham nie..tlg ajar
- HUKUM : Menghiasi Kubur
- Pelaburan Yang 100% tidak rugi, DIJAMIN!!!
- Hukum Memaki Orang
- Hukum Memaki Orang
- Tersalah membaca niat ketika Wudhu
- [Pertanyaan] Tentang diri aku
- [Pertanyaan] Agama Kristian di Social Networking
- Hukum Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Positive Attitude In
Negative Situation
-
22-02-2011 04:44 PM # ADS
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Syahz
Quote






Bookmarks