Close
Login to Your Account


Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Status
    Offline
    nasique's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Aug 2011
    Posts
    310
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Sijil Simpanan Premium BSN-Syubhah


    SEREMBAN 25 Feb. - Sapiah Aping menunjukkan isyarat bagus ketika berada didalam kereta Mercedes Benz E200 yang dimenanginya hasil cabutan hadiah utama bulan Januari, Sijil Simpinan Premium (SSP) di Seremban, Negeri Sembilan. Sapiah merupakan orang asli pertama memenangi cabutan SSP. - Utusan/Md. Shahjehan Maamin

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya pendapat saudara tentang Sijil Simpanan Premium BSN sama ada harus menyimpan di dalamnya dan juga bagaimana dividen tahunannya sama ada harus digunakan.
    Terima kasih atas nasihat saudara.

    JAWAPAN
    wa'alaikumussalam,
    Secara mudahnya, untuk saya membri sebarang komen, terlebih baik kita dapat memahami adakah BSN itu sendiri sebuah Bank Islam? dan adakah program sijil simpanan ini bertaut di bawah skim pelaburan Islam atau tidak?
    Jika tidak ( pelaburan skim itu tidak dijalankan secara Islam, maka sudah tentu tanpa perlu berbincang panjang lagi berkenaan teori dan cara pelaksanaan sijil ini dan hadiahnya) ; maka hukumnya tentunya Haram sebagaimana ia pelaburannya.
    JIka ia adalah pelaburan Islam, maka barulah releven perbincangan tentang samada terdapat unsur judi atau tidak di dalam skim dan cabutannya itu.
    bagaimanapun, setelah merujuk di web BSN saya dapati mereka menyebut dgn jelas bahawa sandaran SSP adalah sebuah produk berasaskan prinsip islam bai' inah
    ia seperti berikut ( petikan dari bsn web site):-
    2 produk utama Sijil Simpanan Premium adalah:-
    SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI-i: SANDARAN SSP
    Bagi pemilik Sijil Simpanan Premium yang berkelayakan, menerusi skim ini anda bukan sahaja masih layak menyertai cabutan SSP yang menawarkan hadiah-hadiah menarik malah anda juga boleh menikmati lebihan tunai di tangan.
    Cara Bayaran
    • Arahan Tetap mana-mana akaun BSN; atau
    • Bayaran tunai/cek di kaunter BSN.
    Kadar Keuntungan (asas tetap) dan Tempoh Bayaran
    • 4.00% bagi tempoh 3 - 10 tahun.
    Syarat Kelayakan
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur antara 18 - 62 tahun (tidak melebihi 65 tahun semasa pembiayaan tamat)
    • Pemilik Sijil Simpanan Premium (SSP).
    Had Pembiayaan
    • Sehingga 95% dari nilai sijil.
    • Minimum pembiayaan RM 5,000;
    • RM 5,000 sehingga RM 20,000 bagi tempoh pembiayaan 3 - 5 tahun; atau
    • RM 20,500 dan ke atas bagi tempoh pembiayaan 3 - 10 tahun.
    Penjamin
    • Tanpa penjamin.
    • Jaminan - cagaran Sijil Simpanan Premium.
    Dokumen Diperlukan
    • Salinan Kad Pengenalan;
    • Sijil asal SSP beserta salinan; dan
    • Salinan mana-mana akaun BSN (jika berkenaan).
    NOTA: Tertakluk kepada syarat dan terma semasa.
    Faktor Ansuran Bulanan Pembiayaan Peribadi-i: Sandaran SSP
    Tempoh Pembiayaan( tahun )
    Kadar Keuntungan
    4.00%
    3
    31.1111
    4
    24.1667
    5
    20.0000
    6
    17.2222
    7
    15.2381
    8
    13.7500
    9
    12.5926
    10
    11.6667


    * (Jadual sebagai rujukan)
    Contoh Cara Pengiraan:-
    Pembiayaan : RM 25,000.00
    Tempoh : 6 tahun
    Berdasarkan faktor = 17.2222
    Oleh itu ansuran bulanan adalah
    Faktor X setiap RM 1,000
    = 17 X 25
    = 430.555
    = RM 431 sebulan (anggaran sahaja)
    Tamat petikan


    Bagaimanapun, saya tidak pasti bagaimana mereka boleh menjadikan produk ini sebagai sandaran. Maklumat yang disertakandi dalam web adalah tidak mencukupi. Adakah ianya bermaskud semua keseluruhan simpanan pelanggan yang terkumpul akan di gunakan untuk kelangsungan produk ini sebagai pelaburan ?. Jika ia benar, maka skim ini telah berjaya melepasi satu level shariah screening. dan ia boleh diterima Shariah di peringkat ini.
    Peringkat kedua yang perlu disemak sesudah itu adalah.. unsur perjudian ..bagaimanapun, saya tidak dapat untuk mengkajinya kerana saya masih tidak berpuas hati dengan tahap pertama yang masih kabur.
    Justeru, hasil yang mampu saya kongsikan di peringkat ini adalah ianya syubhah.
    Oleh kerana itu, saya tidak akan sesekali menyarankan sesiapa jua untuk terlibat dengannya. Bagaimanapun sesiapa yang ingin terlibat, saya juga tiada banyak komen krn kekurangan info menghalang saya dari membuat keputusan pasti.
    sila layari web saya di http://www.zaharuddin.com/ untuk pelbagai info lain.
    sekian
    ust zaharuddin
    7 Nov 2006
    15 Syawwal 1427 H


    Dari Pihak BSN plak......
    SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP)

    Dengan hormatnya kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 03 April 2007 berhubung dengan perkara di atas.

    Bank Simpanan Nasional (BSN) mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan tuan berhubung dengan perkara ini. Untuk makluman tuan, Mesyuarat Kajian Syariah, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri yang diadakan pada 09 Oktober 1991 telah mengambil keputusan SSP sebagai berikut :

    " Bahawa Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional adalah harus menurut Syarak"

    Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-21425258 ataupun melayari laman web kami diwww.bsn.com.my sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut.

    Sekian, terima kasih.

    Dengan hormatnya,
    BANK SIMPANAN NASIONAL


    SYED JAMALUDIN SYED JAAFAR
    Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan
    Jabatan Perbankan Cawangan

    Waallahu'alam




  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •