Close
Login to Your Account


Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    Status
    Offline
    sirvand8ta's Avatar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    lupe alamat....
    Posts
    12,351
    Mentioned
    4 Post(s)

    Default Marwijk berdepan penyingkiran

    Marwijk berdepan penyingkiran


    MISI Marwijk pada Euro 2012 menemui kegagalan.

    KHARKIV – Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk bakal berdepan penyingkiran atas kegagalan skuad kendaliannya pada kempen Euro 2012.

    Presiden Persekutuan Bola Sepak Belanda, Bert van Oostveen telah meminta van Marwijk memberi penjelasan atas kekalahan skuad The Oranje itu dalam kesemua tiga perlawanan peringkat Kumpulan B.

    Beliau juga mahu tahu bagaimana berita mengenai pergolakan dalaman kem Belanda boleh sampai ke pengetahuan media.

    Van Oostveen yang menyaksikan kegagalan paling teruk Belanda dalam masa 70 tahun, berkata: “Kami telah memanggilnya untuk hadir dalam satu mesyuarat tergempar. Saya sangat kecewa. Ini sesuatu yang tidak bagus untuk pasukan Belanda.

    “Saya akui bahawa Bert telah membantu kami mara ke final Piala Dunia dua tahun lalu tetapi prestasi kami pada Euro 2012 ini tidak boleh diterima.

    “Kami akan melakukan siasatan terperinci mengenai kegagalan ini.”

    Sementara itu, perancang Inter Milan, Wesley Sneijder memberitahu ada ‘tali barut’ telah meranapkan moral pemain Belanda.

    Dia berkata: “Setiap kali kami ada sesi latihan tertutup, semua maklumat terperinci tentang strategi kami telah diketahui oleh media keesokannya.

    “Ia telah menghancurkan keyakinan kami. Sukar untuk bermain sebagai sebuah pasukan sekiranya ada tali barut dalam pasukan ini.”

    – Agensi





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Fou_Lu's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Mount Terror
    Posts
    4,195
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Kesilapan taktikal dari pengurus, defender tua & slow, pemain x puas hati (Huntelaar, VDV, Van Bommel), bahagian forward penting diri sendiri terutama Robben...Persie dan Huntelaar susah dapat bola sebab midfielder x passing...sesuai sangatlah tu balik awal, boleh rehat sebelum start season depan.
    Meatball Beam! Meow!

  4. #3
    Status
    Offline
    sharipdol's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Sep 2010
    Posts
    1,507
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    semua nak shoot demi fame :D

  5. #4
    Status
    Offline
    CallMeHafiz's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Nov 2011
    Location
    Di Mana Sahaja
    Posts
    1,957
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    aku da la minat belanda...terpakse sokong spain pulakk..hehehe

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  

hit counter code