Close
Login to Your Account


Results 1 to 1 of 1

Thread: Masih tak cukup

  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,327
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Masih tak cukup

    WARSAW: Jurulatih Republik Czech, Michal Bilek bergantung kepada strategi bertahan untuk mengekang asakan Portugal semalam namun tidak berhasil apabila Cristiano Ronaldo tetap mencetuskan inspirasi kemenangan pasukannya.

    “Kami mengukuhkan benteng. Kami tahu mereka pasti menyerang,” kata jurulatih Czech itu selepas menyaksikan anak buahnya kecundang 0-1 hasil tandukan Ronaldo pada pertembungan suku akhir Euro 2012.


    “Pada babak pertama kami berjaya namun pada separuh masa kedua, kami agak keletihan sekali gus memberi laluan kepada Portugal mengatur gerakan dan menjaringkan gol.

    “Kami tidak mempunyai kemampuan sama seperti Portugal,” kata Bilek. Czech jarang menguji pertahanan Portugal dan hampir sepanjang permainan berada di kawasan sendiri namun Bilek tidak kesal mempraktikkan taktik itu.


    “Jika anda bermain secara terbuka, Portugal akan menghukum anda. Sangat sukar menghalang mereka,” katanya.


    Czech berusaha keras mengikat pergerakan kapten Portugal, Ronaldo namun pemain sayap itu berjaya meloloskan diri dan menanduk masuk gol tunggal perlawanan 10 minit sebelum permainan tamat selepas percubaannya dua kali terkena tiang.

    “Prestasi Ronaldo makin meningkat. Dia tahu bagaimana menggunakan kepala dan kedua-dua kakinya,” kata Bilek.


    Czech yang berjaya melepasi halangan Kumpulan A meskipun diaib dengan kekalahan 1-4 kepada Russia pada aksi pembukaan kehilangan khidmat kapten, Tomas Rosicky akibat kecederaan.

    Bilek memasukkan pemain muda yang tidak berpengalaman, Vladimir Darida dengan harapan mampu menyuntik kreativiti namun tidak mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Rosicky itu.


    “Kami berasa kehilangan Rosicky,” kata Bilek. “Dia pemain luar biasa tapi pasukan ini tidak pernah putus asa,”.


    “Kejayaan besar bagi kami melangkah ke suku akhir selepas keputusan mengecewakan menentang Russia. Kami boleh berasa bangga dengan pencapaian ini,” katanya. - Reuters





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •