Close
Login to Your Account


Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,327
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Hart teruja lawan Buffon


    KRAKOW (Poland): Joe Hart tidak sabar-sabar mengukur persembahannya apabila berdepan salah seorang idolanya, Gianluigi Buffon pada aksi suku akhir pertembungan England dan Itali, awal pagi Isnin ini.

    Dua tahun lalu, Buffon meramalkan Hart akan menjadi penjaga gol terbaik dunia bagi dekad berikutnya dan menganggap penjaga gawang Manchester City berusia 23 tahun itu mempunyai bakat semula jadi seperti dirinya serta rakan seposisi di Sepanyol, Iker Casillas.


    “Mereka mempunyai penjaga gol yang hebat, Joe Hart,” kata Buffon. “Saya tidak nampak mengapa dalam tempoh lima tahun lagi apabila saya dan Iker sudah bersara, dia gagal menjadi yang terbaik di dunia.” Hart masih menyimpan keratan akhbar komen Buffon itu di rumahnya, satu pengiktirafan daripada penjaga gol Juventus yang dikenali antara penjaga gol terbaik dunia.

    Rasa kagum itu hadir secara semula jadi dengan Hart hanya memerlukan sedikit galakan untuk bercerita mengenai penjaga gol berusia 34 tahun itu menjelang pertemuan di Kiev.


    “Buffon nama besar bola sepak. Sudah lama dia menjadi legenda,” kata Hart. “Dia kapten mereka, individu yang mereka hormati. Saya suka cara dia bermain. Dia mempunyai gaya hebat dan perwatakan baik, cara dia beraksi, mampu mengawal situasi dan disukai orang lain.


    “Saya tidak sabar-sabar untuk beraksi menentangnya. Dia tenang dan menyelamatkan gawang gol apabila diperlukan.” Hart paling teruja dengan cara Buffon menangani perlawanan apabila secara konsisten memilih untuk bermain ringkas daripada menunjuk-nunjuk bakatnya.

    “Dia tidak beraksi semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya, itu kunci penjaga gol yang bagus, terutama apabila anda beraksi dengan pasukan bagus seperti Itali,” kata Hart. “Perkara terakhir yang anda mahukan adalah penjaga gol cuba menangkap hantaran silang dari jarak 30 meter atau melakukan terjahan ke atas lawan. Dia hanya bermain mengikut caranya dan pada saya, itu sangat bagus.


    “Dia penjaga gol luar biasa, seseorang yang saya hormati dan mahu belajar daripadanya.” - AFP





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •