Results 1 to 1 of 1
-
23-06-2012, 10:19 AM #1Status
- Online
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,326
- Mentioned
- 1 Post(s)
Siapa lebih berhak kekang Gerrard?

KRAKOW (Poland): Jika bertanya kepada peminat supaya menamakan pemain pertahanan Itali yang benar-benar hebat, mereka mungkin memikirkan Franco Baresi atau Fabio Cannavaro, pemain yang menjadikan seni mempertahankan bahagian pertahanan tengah kelihatan begitu mudah.
Pemain pertahanan hebat datang dan pergi seperti Giacinto Facchetti, Beppe Bergomi dan Paolo Maldini sebelum dia menukar posisi ke tengah namun sejak akhir-akhir ini, Itali berdepan masalah di bahagian tepi dengan England yang dianggap berbahaya menanti mereka dalam aksi suku akhir Euro 2012, awal pagi Isnin ini.
Empat daripada lima gol England dalam kejohanan ini hadir menerusi hantaran silang dari sebelah kanan yang dilakukan sama ada Steven Gerrard atau Theo Walcott yang meledak satu jaringan dari bahagian tengah ketika begitu berkesan dengan bermain sebagai sayap.
Jurulatih Itali, Cesare Prandelli kelihatan belum pasti mengenai pasangan pemain tengah terbaiknya selepas bermain dua perlawanan awal kumpulan dengan tiga pertahanan tengah dan dua pertahanan sayap sebelum mengubahnya kepada empat pertahanan ketika menewaskan Ireland, 2-0.
Pertahanan tengah ketika menentang Ireland adalah Ignazio Abate dan Federico Balzaretti tampak seperti bakal diletakkan di bahagian kiri dan kanan di Kiev tapi kedua-duanya mengaku mereka tidak setaraf Maldini.
“England mempunyai pemain pantas untuk memudahkan hantaran silang dilakukan selain mempunyai penyerang hebat namun untuk mencapai keputusan diperlukan, kami perlu mempamerkan permainan kami sendiri walaupun terpaksa mengharungi sedikit kesukaran,” kata Abate.
Balzaretti yang baru membuat sembilan penampilan walaupun sudah berusia 30 tahun, berada dalam skuad kebangsaan hanya kerana bek kiri yang biasa digunakan, Domenico Criscito digugurkan sebelum kejohanan bermula akibat disiasat polis kerana skandal mengatur perlawanan. Dia bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.
Criscito mempamerkan persembahan buruk pada Piala Dunia 2010 dan sesetengah penyokong Azzurri gembira pemain Palermo, Balzaretti mendapat peluang walaupun dianggap tidak cukup bagus untuk Juventus pada 2007 dan disingkirkan.
Pemain AC Milan, Abate sudah meletakkan dirinya di tahap tersendiri di Serie A namun dia mengambil masa hingga berusia 24 tahun untuk disegani dan peminat Rossoneri sekali-sekala menjadikannya bahan jenaka kerana kecenderungannya berlari dalam garisan lurus.
Abate dan Balzaretti layak mengisi posisi terbabit namun dalam Serie A mereka tidak banyak menentang lawan yang mempunyai pemain yang sering bermain berhampiran garisan tepi padang seperti Walcott dan mereka jarang menangani hantaran silang tepat seperti dimiliki Gerard. - Reuters
Latest Entries
- United akan kekal hebat - van Persie
- Scolari lobi Neymar sertai Barcelona
- Hummels perkuat benteng Dortmund
- West Brom Vs Manchester United 5-5 - All Goals & Match...
- Kebanggaan Benitez
- City cuba 'ikat' Aguero
- Vilanova anggap musim cemerlang
- Benitez 'masuk bakul angkat sendiri'
- Pesanan terakhir Ferguson
- Mancini akan dipecat
-
23-06-2012 10:19 AM # ADS
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote






dota eror