Close
Login to Your Account


Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default ‘Dia gagal kawal diri’


    PARIS: Bintang Perancis, Samir Nasri mungkin digantung daripada bola sepak antarabangsa selama dua tahun berikutan serangannya ke atas wartawan di Euro 2012.

    Nasri yang beraksi di bahagian tengah skuad Les Bleus terbabit dengan perbalahan bersama wartawan selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Sepanyol di suku akhir.


    Dia yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, melalui kawasan zon bebas tanpa memberikan sebarang komen.

    Ketika ditanya wartawan mengenai penilaiannya terhadap perlawanan itu, dia menjawab: “Anda mencari cerita karut. Anda cari masalah.” Nasri yang berjalan kemudian membuat keputusan untuk berpatah balik sebelum menghamburkan kata-kata nista kepada wartawan berkenaan sambil mengajaknya bertumbuk.


    Menurut L’Equipe, pegawai persatuan bola sepak negara itu menimbang untuk mengenakan hukuman ke atas Nasri berikutan perbuatannya itu.


    Nasri sudah terbabit dengan perbalahan bersama media di kejohanan itu apabila dia menjerit ‘tutup mulut kamu’ selepas menjaringkan gol penyamaan sewaktu Perancis seri 1-1 dengan England pada aksi pembukaan mereka.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis, Noel le Graet menganggap kelakuan Nasri tidak boleh diterima dan memberi amaran kepada pemain itu supaya mengawal perasaannya di masa depan.


    Beliau memberitahu stesen radio Perancis, RMC: “Saya akan meminta wartawan itu berjumpa saya tapi kelakuan Nasri tidak boleh diterima.

    “Saya faham wujud reaksi negatif. Samir kini tertekan, dia mahu melakukan yang terbaik tapi gagal mengawal perasaannya.” - Agensi





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    gexplode's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    di mana ku berpijak sekarang
    Posts
    648
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    biasalah setiap orang melakukan kesilapan
    today maybe will be your last breath in the cruel world:evil:

  4. #3
    Status
    Offline
    sharipdol's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Sep 2010
    Posts
    1,507
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Lolzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzz

  5. #4
    Status
    Offline
    bahatungau's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    everywhere
    Posts
    152
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    terukla kalo mcm ni..kwal la skit..

  6. #5
    Status
    Offline
    fitrah92's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Aug 2011
    Posts
    360
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    da la minat nasri giler2....

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •