Close
Login to Your Account


Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    Status
    Offline
    sirvand8ta's Avatar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    lupe alamat....
    Posts
    12,407
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default Deschamps jurulatih baharu Perancis

    Deschamps jurulatih baharu Perancis

    PARIS - Bekas jurulatih Juventus dan Marseille, Didier Deschamps dilantik sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan Perancis semalam.

    Deschamps yang merupakan kapten skuad Les Bleus ketika memenangi kempen Piala Dunia 1998 dan Euro 2000, menggantikan tempat bekas rakan sepasukannya, Laurent Blanc yang telah meletak jawatan awal bulan ini.

    Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mene- rusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

    "Noël Le Graët (presiden FFF) dan Deschamps telah menamatkan perbincangan mengenai jawatan jurulatih Perancis yang baharu.

    "Hasil perbincangan tersebut, FFF telah mencapai persetujuan bersama Deschamps berhubung pelantikan beliau sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan," menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

    Deschamps dilihat sebagai calon paling layak untuk mengendalikan skuad Les Bleus bagi menggantikan Blanc selepas beliau melepaskan jawatannya selaku jurulatih Marseille minggu lalu.

    Jurulatih berusia 43 tahun itu telah membuktikan kredilitinya apabila membawa Marseille bergelar juara Liga Divisyen Satu Perancis dan meraih tiga kejuaraan berturut-turut dalam saingan Piala Liga.

    Beliau dijangka akan memulakan tugas pertamanya menjelang pertemuan menentang Uruguay di Le Harve pada 15 Ogos depan.

    Bagaimanapun, Deschamps akan kehilangan empat tonggak utama dalam skuad kendaliannya itu kerana FFF ketika ini sedang menjalankan siasa- tan berhubung kontroversi di luar padang yang berlaku ketika kempen Euro 2012 di Poland dan Ukraine bulan lalu.

    Empat pemain yang terlibat itu ialah Samir Nasri, Hatem Ben Arfa, Jérémy Ménez dan Yann M'Vila. - Agensi





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    tayon's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    162
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    legend saing zidane

  4. #3
    Status
    Offline
    aslek's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    kulaifornia
    Posts
    833
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    france dh x stabil lg..dh mcm england plak...

  5. #4
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    kalah tukar..menang kekal...

  6. #5
    Status
    Offline
    ahoyhoi's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    nevada
    Posts
    6,519
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @aslek View Post
    france dh x stabil lg..dh mcm england plak...

    france xde prancang mcm zidane...england xpyah citer, taraf msia je main aritu

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •