Close
Login to Your Account


Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    Status
    Offline
    sirvand8ta's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    lupe alamat....
    Posts
    12,436
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default Scholes tabik kehebatan City

    Scholes tabik kehebatan City

    LONDON - Bintang veteran Manchester United, Paul Scholes berkata, Manchester City meletakkan kualiti Liga Perdana England pada tahap yang tinggi dan kelab lain perlu meningkatkan permainan masing-masing jika ingin mencabar mereka.

    Musim lepas, The Red Devils hanya tewas dengan perbezaan gol kepadaThe Citizens pada penghujung musim dan Scholes menjangka perhitungan lebih sengit akan berlaku musim ini.

    Katanya, sudah sampai masanya mereka menganggap bahawa City sudah berbeza dengan pasukan itu satu ketika dahulu.

    "Terdapat banyak pengajaran musim lalu apabila kita tidak bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan. Musim ini kita perlu menjadi sebuah pasukan yang lebih baik."

    "City menampilkan gaya permainan yang menarik untuk menjadi antara pasukan terbaik dan mereka berhak untuk menang," kata Scholes.

    Jelasnya, City telah meningkatkan saingan serta tahap Liga Perdana dan kini terpulang kepada mereka untuk menyingkirkan penyandang juara Liga Perdana itu dengan mencatatkan pencapaian lebih baik.

    Scholes, 37, telah keluar daripada persaraan pada Januari lepas apabila Alex Ferguson memintanya membantu jentera tengah United yang pincang. - Agensi





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    p@rK_NoNe's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Sep 2011
    Posts
    134
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    yeahhhhh.......way to go PAUL......glory2 man united

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •