Close
Login to Your Account


Results 1 to 6 of 6
  1. #1
    Status
    Online
    sirvand8ta's Avatar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    lupe alamat....
    Posts
    12,405
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default Arsenal kini lebih hebat - Szczesny

    Arsenal kini lebih hebat - Szczesny


    SZCZESNY (kanan) percaya Arsenal lebih mantap walaupun dijangka kehilangan khidmat van Persie musim ini.

    LONDON - Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny yakin The Gunners akan menjadi pasukan yang lebih kuat walaupun dijangka kehilangan kapten, Robin van Persie.

    Pengurus Arsenal, Arsen Wenger telah berjaya mendapatkan dua penyerang baharu, Lukasz Podolski dan Olivier Giroud yang bakal memainkan peranan penting dalam skuad The Gunners pada musim ini.

    Selain itu, Wenger juga dilaporkan sedang melihat perkembangan Santi Cazorla dan Nuri Sahin.

    "Ia menjadi satu perkara yang amat mengecewakan sekiranya van Persie meninggalkan Arsenal kerana dia merupakan kapten dan ketua pasukan kami," ujar Szczesny.

    "Saya amat gembira jika dia kekal bersama Arsenal. Dia masih merupakan pemain The Gunners dan kami akan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

    "Pada awal pramusim tahun lalu, semua pihak mendakwa yang kehebatan pasukan kami sudah berakhir apabila ramai pemain meninggalkan kelab ini.

    "Bagaimanapun, kali ini tiada sesiapa berhijrah. Kami memiliki pemain baharu dan kuat pada posisi pertahanan serta menunjukkan peningkatan yang semakin baik.

    "Ini berbeza jika dibandingkan tahun lalu kerana Samir Nasri dan Cesc Febregas telah meninggalkan The Gunners dan kami percaya dengan barisan pemain yang ada.

    "Kepada pemain muda, mereka telah menimba banyak pengalaman pada tahun lalu dan kami memiliki beberapa muka baharu yang mampu menjaringkan gol.

    "Rekod Podolski jelas menunjuk- kan kredibilitinya. Kami juga kuat di barisan serangan dan penolong jurulatih, Steve Bould telah banyak membantu pemain-pemain pertahanan.

    "Saya percaya bahawa kami sudah semakin kuat selepas segala- nya berjalan dengan lancar," ujarnya. - Agensi





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Online
    sirvand8ta's Avatar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    lupe alamat....
    Posts
    12,405
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default

    trbek ler arsenal...bg saingan kat MC...hehe...

  4. #3
    Status
    Offline
    p@rK_NoNe's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Sep 2011
    Posts
    134
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    yeahhh.....try your best....

  5. #4
    Status
    Offline
    dark region's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    315
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    keeper ni hebat ke
    Download Filehosting & Torrent By 1 Acc: Hidden Content
    Download Popular Filehosting By 1 Acc: Hidden Content
    Hidden Content

  6. #5
    Status
    Offline
    Fou_Lu's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Mount Terror
    Posts
    4,197
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @dark region View Post
    keeper ni hebat ke
    Muda lagi, antara yang 'ok' jugak lah dalam BPL, tapi kadang kurang konsisten
    Meatball Beam! Meow!

  7. #6
    Status
    Offline
    Purnama13's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Aug 2012
    Location
    Depan Laptop
    Posts
    64
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    X sabar nak tunggu 18hb ni.Game pembukaan Arsenal lawan Sunderland..

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •