Close
Login to Your Account


Results 1 to 3 of 3
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,322
    Mentioned
    2 Post(s)

    Default Pemain United 'dikuarantin'

    LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson membuat persia- pan yang rapi menjelang aksi Liga Perdana England menentang Manchester City awal pagi Selasa depan.

    Ferguson dilaporkan telah merancang untuk membawa semua pemain United ke Selatan Wales bagi mengelak daripada sebarang gangguan menjelang aksi penting di Stadium Etihad itu.

    Pada masa yang sama, Fergu- son juga telah 'mengharamkan' anak-anak buahnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.

    Perlawanan menentang City sangat penting buat skuad The Red Devils kerana ia bakal menjadi penentu dalam usaha merangkul gelaran juara liga yang ke-20.

    "Sudah tentu ia adalah perlawanan paling penting dalam karier saya. Kami perlu berkunjung ke sana (Stadium Etihad) bagi memastikan kami bermain dengan baik dan tidak melepaskan gol yang mudah.

    "Tidak ada alasan kenapa kami tidak mampu mencatat keputusan yang baik. City menganggap perlawanan ini sebagai penentu gelaran juara liga. Begitu juga dengan pendapat kami," kata Ferguson.

    Ketika ini, United mengumpul 83 mata untuk menduduki tangga teratas dalam carta liga selepas hanya dibezakan tiga mata dengan City di tangga kedua.

    Sekiranya United memenangi pertemuan itu, gelaran juara liga hampir pasti menjadi milik skuad The Red Devils yang hanya perlu mencatat keputusan seri dalam dua baki perlawanan terakhir musim ini.

    Namun, jika sebaliknya yang berlaku, City akan memintas kedudukan selaku pendahulu dengan kelebihan jaringan, sekali gus menyaksikan penentuan bagi gelaran juara hanya akan ditentukan sehingga tamat perlawanan terakhir musim ini.

    Difahamkan, Ferguson telah memilih Akademi Bola Sepak Cardiff City sebagai destinasi buat barisan pemainnya melaku- kan persiapan sebelum perlawanan dengan City.

    United yang telah melakukan tempahan di hotel Vale of Glamorgan dijangka menginap di Selatan Wales selama dua malam mulai hari ini dan akan pulang ke Manchester sehari sebelum perlawanan.

    Ferguson dijangka akan membuat pertukaran pemain, terutamanya selepas seri 4-4 pada perlawanan menentang Everton, Ahad lalu. - Agensi





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    ahoyhoi's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    nevada
    Posts
    6,549
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kalau nk menang jgn trunkn rafael
    de gea ltak sub je...bgi lindergaard
    Last edited by ahoyhoi; 27-04-2012 at 04:07 PM.

  4. #3
    Status
    Offline
    bluevirusxx's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Nov 2010
    Posts
    56
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ak stju lwx trunkn rafael..tpx logik la lw nk ltk lindergaard...dye dh lme x men first team..lg de gea ok ape..

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •