Close
Login to Your Account


Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,327
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Misi khas Kompany


    MANCHESTER: Vincent Kompany menyuarakan hasratnya untuk menyekat setiap gerakan Wayne Rooney kerana penyerang Manchester United itu bertindak cemerlang ketika ini.

    Kapten Manchester City itu berkata, dia suka dengan cabaran berdepan pemain seperti Rooney yang dianggap antara pemain terbaik dunia.


    Dengan 33 gol, kurang dua daripada rekod gol terbanyak semusim, penyerang England itu memang patut menerima pujian ketika dia bakal berdepan Kompany dan rakan sepasukannya pada pertembungan jiran setempat yang dinanti-nanti di Stadium Etihad, awal pagi Selasa ini.

    Kompany berkata: “Ia sesuatu yang amat menyeronokkan buat saya.


    “Saya tidak fikir ia mudah, ia pasti sukar tapi jika kami menang, ia pasti terlalu menggembirakan.


    “Sangat hebat untuk bermain menentangnya. Kami sudah bertembung beberapa kali.

    “Dia antara penyerang terbaik dunia, tiada siapa yang meragui kemampuannya dan biasanya perlawanan ini pasti sengit.


    “Saya sukakan pertembungan ini. Ia bukan setakat mengenai pertembungan kami berdua, tapi memang bagus bermain menentang pemain ternama. Dia memiliki semua kualiti penyerang terbaik, dia pantas, bertenaga dan seorang penjaring prolifik.

    “Dia juga seorang pemimpin buat pasukannya dan itu yang menjadikannya seorang pemain yang amat istimewa.” Jika United bergantung kepada sentuhan Rooney, City dijangka menurunkan penyerang bermasalah, Mario Balotelli yang sudah menjalani penggantungan perlawanan bagi pertemuan di Etihad. - AFP






  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •