Close
Login to Your Account


Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Gerrard tunggu Ahad



    STEVEN Gerrard percaya sebarang penilaian terhadap prestasi Liverpool musim ini wajar disimpan sehingga berakhir final Piala FA awal pagi Ahad tetapi menegaskan dua gelaran domestik mungkin cukup memuaskan untuk menebus kegagalan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

    Kemenangan pertama Fulham di Anfield awal pagi Rabu lalu bermakna skuad Kenny Dalglish bakal menya�makan rekod kempen terburuk kelab itu di laman sendiri dengan hanya lima kemenangan pada musim 1948-49 sekiranya mereka gagal menewaskan Chelsea dalam perlawanan kedua terakhir musim ini Selasa depan.

    Sebelum perlawanan itu kedua-dua mereka akan bertemu di Wembley dan kapten Liverpool itu menerima apa saja keputusan di final Piala FA yang akan menentukan sama ada musim pertama Dalglish sejak kembali sebagai pengurus kelab itu boleh dianggap berjaya atau sebaliknya.

    “Kelab ini sentiasa memenangi trofi hebat dan Piala FA menyusul selepas itu,” kata Gerrard.

    “Kami akan menilai musim ini selepas hujung minggu ini. Jika kami boleh melihatnya dengan kejayaan memenangi dua piala, kami pasti gembira tetapi kami perlu menangani masalah mengenai kedudukan kami dalam liga.


    “Trofi melambangkan kejayaan. Itulah sebabnya kami menyertai perlawanan itu. Sebahagian daripada pengalaman terbesar yang kami miliki adalah daripada memenangi piala iaitu Piala Eropah, Piala FA, Piala Uefa dan Piala Liga.

    “Itulah detik yang anda lihat sebagai kenangan indah. Piala FA sungguh istimewa tetapi kami merasai kemenangan dengan menjuarai Piala Liga.

    “Ia akan membantu pemain muda di dalam skuad ini. Kemenangan melahirkan keyakinan dan membuatkan anda ingin merasainya sekali lagi.”

    Liverpool kehilangan 30 mata di Anfield musim ini dan juga ketinggalan empat gol daripada jumlah jaringan terendah kelab itu iaitu 24 gol pada musim 1903-04.

    “Kami sedar pencapaian kami yang kurang memberangsangkan di liga ini dan skuad lain lebih baik daripada kami,” kata Gerrard yang menjulang Piala Liga, Februari lalu.

    “Kami akan menilai musim ini dan jika kami menang dua trofi, ia akan sedikit sebanyak melegakan tekanan. Orang ramai akan menilai kami selepas Sabtu ini. Mereka akan katakan yang kami tidak cemerlang di liga ini tetapi kami boleh katakan kami sudah menang dua trofi jadi saya fikir ia sesuatu yang adil.”

    Gerrard adalah antara beberapa pemain Liverpool yang direhatkan ketika
    menentang Fulham untuk persiapan ke Wembley dan biarpun final kini semakin hampir dia percaya fokus Chelsea terhadap tiga sasaran mereka itu penamat tangga keempat, Piala FA dan final Liga Juara-Juara penting terhadap skuad kendalian Roberto Di Matteo.

    “Chelsea adalah pasukan berpengalaman yang penuh dengan pemain berkualiti dan ia terpulang kepada faktor kecil dan siapa yang mempunyai tuah. Peluangnya 50-50,” katanya.





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Hanx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,400
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    muka kdut dh dye ni....
    Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

  4. #3
    Status
    Offline
    vivi_^'s Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    77
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    wake up liverpool.. what ever happen, u will never walk alone

  5. #4
    Status
    Offline
    duckylovebunny's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jul 2011
    Posts
    1,221
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    klu kalah FA cup final xthu lah
    sia2 je korban kan anfield tyme lwn fulham
    tp minta2 chelsea kalah,club kurang ajar x respect hillsborough disaster time semi-final aritu

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •