Results 1 to 1 of 1
Thread: Sorakan Poland
-
31-05-2012, 08:21 AM #1Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,326
- Mentioned
- 1 Post(s)
Sorakan Poland

BERBEKALKAN sorakan penyokong sendiri yang memberi perangsang buat mereka, Poland berharap dapat mencipta kejutan di laman sendiri apabila mereka mencuba buat kali kedua dalam Kejuaraan Eropah.
Biarpun pernah mara ke separuh akhir Piala Dunia 1974 dan 1982, Poland bagaimanapun terpaksa menunggu sebelum tampil dalam Kejuaraan Eropah buat pertama kali pada 2008.
Skuad ketika itu yang dikendalikan jurulatih Belanda, Leo Beenhakker tersingkir selepas peringkat kumpulan seperti yang berlaku pada Piala Dunia 2002 dan 2006 dan harapan mereka untuk mara ke Afrika Selatan dua tahun lalu berkecai apabila sekadar menduduki tempat kelima dalam kumpulan kelayakan membabitkan enam pasukan.
Pencapaian itu masih jauh jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan mereka pada 1970-an dan awal 1980-an. Begitupun dengan skuad yang membariskan ramai pemain baru serta keputusan perlawanan persahabatan yang positif, sokongan pasukan tuan rumah akan memberi kelebihan buat skuad kendalian Francizek Smuda.
Poland yang dua kali menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia dan menjulang pingat emas Olimpik bagaimanapun perlu menunggu hingga 2008 sebelum akhirnya layak ke Euro selepas mencuba 13 kali. Skuad kendalian Beenhakker mendahului kumpulan kelayakan yang turut disertai Portugal, Serbia, Finland dan Belgium.
Skuad yang digelar Bialo-czerwoni itu mempamerkan kemampuan terhad di Austria dan Switzerland, hanya menjaringkan satu gol menerusi pemain kelahiran Brazil, Roger Guerreiro dan hanya satu mata yang meletakkan mereka di tangga tercorot kumpulan.
Poland menghampiri pusingan kelayakan pada 1976 dan 1980. Pada 1976, mereka terkandas berikutan perbezaan gol kepada Belanda yang sekali lagi menjadi penghalang apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 kepada Jerman Timur dan meng�atasi Poland dengan hanya satu mata.
SKUAD
Penjaga gol: Wojciech Szczesny (Arsenal/ENG), Przemyslaw Tyton (PSV Eindhoven/NED), Grzegorz Sandomierski (Genk/BEL)
Pertahanan: Sebastian Boenisch (Werder Bremen/GER), Marcin Kaminski (Lech Poznan), Damien Perquis (Sochaux/JER), Lukasz Piszczek (Borussia Dortmund/GER), Marcin Wasilewski (Anderlecht/BEL), Jakub Wawrzyniak (Legia Warsaw), Grzegorz Wojtkowiak (Lech Poznan)
Tengah: Kuba Blaszczykowski (Borussia Dortmund/JER), Dariusz Dudka (Auxerre/PER), Kamil Grosicki (Sivasspor/TUR), Adam Matuszczyk (Fortuna Duesseldorf/GER), Adrian Mierzejewski (Trabzonspor/TUR), Rafal Murawski (Lech Poznan), Ludovic Obraniak (Bordeaux/PER), Eugen Polanski (Mainz/JER), Maciej Rybus (Terek Grozny/RUS), Rafal Wolski (Legia Warsaw)
Penyerang: Pawel Brozek (Celtic/SCO), Robert Lewandowski (Borussia Dortmund/JER), Artur Sobiech (Hannover 96/JER)
PROFIL PASUKAN
Pencapaian terbaik Euro: Kejohanan Akhir 2008
Jurulatih: Franciszek Smuda
Penjaring terbanyak:
Sepanjang zaman - Wlodzimierz Lubanski (48)
Terkini - Euzebiusz Smolarek (20)
Penampilan terbanyak:
Sepanjang zaman- Michal Zewlakow (102)
Terkini - Dariusz Dudka (60)
Penubuhan persatuan: 1919
Gelaran: Bialo-czerwoni (Putih dan Merah)
JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN A EURO 2012
Sabtu 9 Jun:
Poland mln Greece, Warsaw, 12 mlm (Astro 801,825,845)
Rabu 13 Jun:
Poland mln Russia, Warsaw, 2.45pg (Astro 825,845)
Ahad 17 Jun:
Republik Czech mln Poland, Wroclaw, 2.45pg (Astro 825/826, 845/846)
BINTANG TUMPUAN
Robert Lewandowski
Posisi: Penyerang
Tarikh lahir (umur): 21 Ogos 1988 (23)
Negara: Poland
Kelab: Borussia Dortmund (Jerman)
Tinggi: 184sm
Penampilan antarabangsa: 40
Jaringan antarabangsa: 13
Latest Entries
- Klopp nafi tinggalkan Dortmund
- Real sah 'lepaskan' Mourinho
- Ferguson dapat hadiah persaraan
- United akan kekal hebat - van Persie
- Scolari lobi Neymar sertai Barcelona
- Hummels perkuat benteng Dortmund
- West Brom Vs Manchester United 5-5 - All Goals & Match...
- Kebanggaan Benitez
- City cuba 'ikat' Aguero
- Vilanova anggap musim cemerlang
-
31-05-2012 08:21 AM # ADS
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote






Bookmarks