Results 1 to 5 of 5
-
23-07-2012, 08:23 PM #1SOL BADGUY
Pandang Pertama: Samsung Galaxy S Advance
Telefon pintar Samsung Galaxy S merupakan kesinambungan kepada keluarga Galaxy S generasi pertama. Sepertimana yang kita sedia maklum, telefon Samsung Galaxy yang berlabel ‘S’ merupakan model utama dan telefon Galaxy S Advance ini tidak boleh dibandingkan dengan Galaxy S 2 dan Galaxy S 3. Telefon ini membawakan paparan antaramuka TouchWiz 4.0 yang paling baru dan juga dilengkapi dengan beberapa kemaskini yang memastikan keluarga Galaxy S kekal relevan dengan pasaran.
Spesifikasi
Telefon Samsung Galaxy S Advance (GT I9070) yang merupakan model kemaskini kepada Galaxy S (GT I900) ini membawakan penambahan kepada fungsi-fungsi asas seperti berikut
RAM telefon ditambah kepada 768MB berbanding 512MB pada model Galaxy S
Capaian HSDPA yang lebih laju iaitu 14.4 Mbps
Lampu limpah kamera LED
Sensor kamera kedua (kamera di skrin) setinggi 1.3MP berbanding sensor VGA pada model Galaxy S
Cip dwi teras Cortex A9 berbanding satu teras Cortex A8 Hummingbird pada Galaxy S
Terdapat penambahan sensor gyrometer
Touch Wiz UI 4.0 yang membawakan perubahan antaramuka yang lebih kemas
Dioperasikan oleh Gingerbread.
Rekabentuk

Rekabentuk telefon (disebelah kiri) ini pula lebih kurang sama dengan model terdahulu (sebelah kanan) dan ianya mempunyai kemasan seakan-akan Galaxy S2. Dari segi saiz, saiznya mempunyai perbezaan yang terlalu kecil dengan Galaxy S dan membawakan skrin yang sedikit lengkung.



Akan tetapi menurut perbandingan GSM Arena, skrin Galaxy S Advance tidak dilengkapi dengan Kaca Gorilla, yang mungkin menjadikan telefon ini kurang lasak berbanding telefon sebelumnya. Fungsi TV-Out juga tidak kelihatan pada telefon Galaxy S Advance berbanding model terdahulu.
Harga Jualan
Di Malaysia, Samsung Galaxy S Advance telah pun mula dijual sejak daripada awal April yang lepas, dimana ia ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan, termasuk UMobile, DiGi dan juga yang lain-lain.
Bagi anda yang tidak ingin mendapatkannya pada harga komitmen bulanan daripada syarikat telekomunikasi, boleh mendapatkannya pada harga penuh sekitar RM1099-1129 di pengedar rasmi Samsung seluruh negara.
Latest Entries
- Gambar Kurang Cahaya : Lumia 925 vs iPhone 5 vs HTC One vs...
- Yahoo! Memperkenalkan Rekabentuk Baru Flickr – Menawarkan 1TB...
- Dell Vostro 5460 Ditawarkan Di Malaysia Dalam Variasi Ubuntu Dan...
- Samsung Menguji Teknologi Peranti Yang Dikawal Menggunakan Otak
- TweetDeck Untuk Android Dan iOS Akan Dimatikan Pada 7 Mei
- Nokia Dikatakan Akan Hadir Dengan Phablet Windows Phone
- Celcom Menyenaraikan Samsung Galaxy S4 Sebagai Akan Datang
- HTC One Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
- (Ura-Ura) Apple Dijangka Melancarkan “iPhone 5S” Pada Bulan Jun
- In-Tab Untuk Chrome Membolehkan Pautan Dibuka Pada Tab Yang Sama
-
23-07-2012 08:23 PM # ADSCircuit advertisement
-
23-07-2012, 08:39 PM #2Status
- Offline
-
Gempak Senior
- Join Date
- Apr 2010
- Posts
- 172
- Mentioned
- 0 Post(s)
brp hrge?
brminat ni
-
23-07-2012, 09:08 PM #3Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Sep 2009
- Location
- celoh tiok mok
- Age
- 24
- Posts
- 4,407
- Mentioned
- 0 Post(s)
~My noob RIG~ : Intel® Core™ i5-2500K 3.30GHz || ASUS Maximus IV Gene-Z/Gen3 || CM Xtreme 500W || Corsair Vengeance 8GB 1600Mhz || Sapphire HD6850 1GB || Samsung F3 1TB + Samsung F3 1.5TB || CM Hyper 212+ || Samsung B2330H || AL VS4121 || Logitech MX3200 || CM Enforcer
-
23-07-2012, 09:49 PM #4
-
24-07-2012, 10:13 AM #5
samsung S advance mmg trbek...xde beza byk pun dari S2...beza S advance kecik ckit, dalam pun beza ckit jek...klu nak ikut kaca gorilla tu...even samsung S3 pun plastik jek, letak poket duduk patah dua gak...hehe...samsung S advance ssuai utk org yg xnak mahal2, xnak besaq mcm S2 and S3 and simple jek tp std...S advance sir beli RM950 banding S2 RM1350 and S3 RM2+++ yg one day akan jatuh gak harganye...hehe...
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote







Bookmarks