Results 1 to 8 of 8
-
01-08-2012, 11:59 PM #1SOL BADGUY
Android Dan Samsung Kekal Sebagai Pilihan Utama Pengguna Tempatan Untuk Telefon Pintar
Dengan berakhirnya bulan Julai, seperti biasa, beberapa statistik terkini telah pun dikeluarkan, memperlihatkan dari segi penggunaan peranti mudah-alih, platform yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Android, dan diikuti dengan jenama pengeluar peranti yang dipilih adalah Samsung.
Data ini dikeluarkan oleh Statcounter, salah satu badan yang mengumpulkan statistik pengguna daripada pelbagai sumber berbeza.

Jikalau dilihat dari segi sistem operasi mudah-alih yang menjadi pilihan para pengguna tempatan, Android mengekalkan kedudukannya di tangga pertama dengan 43.16%, selain memperlihatkan peningkatan yang tinggi berbanding bulan Jun. Di tangga kedua, Symbian yang digunakan pada kebanyakkan peranti Nokia, dan diikuti oleh iOS pada tangga ketiga dengan 13.44%.
Dari segi pengeluar peranti pula, Samsung mula menjarakkan diri mereka daripada Nokia, dimana kini Samsung meliputi 31.71% berbanding Nokia hanya 24.34%. Di tangga ketiga pula adalah Sony dengan 18.59%. Apple muncul ditangga ketiga dengan pegangan pasaran sebanyak 13.4%. Perkara ini juga sekaligus memperlihatkan Samsung dan Sony adalah antara pilihan peranti Android dikalangan pengguna tempatan, disamping beberapa jenama lain, seperti HTC, LG dan sebagainya.

Namun, angka ini mungkin memperlihatkan perubahan tidak lama lagi, apatah lagi dengan platform Windows Phone 8 yang mula diberikan perhatian serius oleh Nokia, selain Google yang baru melancarkan Android 4.1 Jelly Bean kepada umum.
Latest Entries
- Gambar Kurang Cahaya : Lumia 925 vs iPhone 5 vs HTC One vs...
- Yahoo! Memperkenalkan Rekabentuk Baru Flickr – Menawarkan 1TB...
- Dell Vostro 5460 Ditawarkan Di Malaysia Dalam Variasi Ubuntu Dan...
- Samsung Menguji Teknologi Peranti Yang Dikawal Menggunakan Otak
- TweetDeck Untuk Android Dan iOS Akan Dimatikan Pada 7 Mei
- Nokia Dikatakan Akan Hadir Dengan Phablet Windows Phone
- Celcom Menyenaraikan Samsung Galaxy S4 Sebagai Akan Datang
- HTC One Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
- (Ura-Ura) Apple Dijangka Melancarkan “iPhone 5S” Pada Bulan Jun
- In-Tab Untuk Chrome Membolehkan Pautan Dibuka Pada Tab Yang Sama
-
01-08-2012 11:59 PM # ADSCircuit advertisement
-
02-08-2012, 12:24 AM #2
tp kat fb org duk bergaduh sal iphone ngan samsung, iOS ngan android bile page tu kuar statistik yg mane iOS lebih tinggi dr android.. mane satu betul ni...
tp sebagai user android aq rase iOS much better dr segi animation.. tp yg duk kutuk2 Iphone ngan IOS selalunye x penah pakai pun iphone or IOS.. bile dah fanboy sebelah pihak terus kondem, tuan x taw pape.. selidik dulu ape advantage kedua-dua pihak
-
02-08-2012, 12:25 AM #3
ifag vs droidfag.... semua nak menang...
-
02-08-2012, 04:20 AM #4
-
02-08-2012, 04:58 AM #5
x mampu nk pakai enset mahal2
Imam Syafie berkata:
"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".
-
02-08-2012, 08:31 AM #6
android ios symbian ke xkesah janji boleh kol dan sms
-
02-08-2012, 08:43 AM #7Status
- Offline
-
Gempak Hardcore
- Join Date
- Nov 2011
- Location
- Di Mana Sahaja
- Posts
- 1,961
- Mentioned
- 1 Post(s)
silap2 public phone pon pakai android jugak..
-
02-08-2012, 09:38 AM #8
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote

BuDak Geek
~[ BeBy ]~





Bookmarks