Close
Login to Your Account


Results 1 to 3 of 3
  1. #1
    SOL BADGUY
    SOL BADGUY's Avatar

    Default Pembangun Tempatan Memperkenalkan FastText – Membalas SMS Terus Melalui Desktop

    Terdapat beberapa cara untuk membalas SMS terus daripada desktop, dan salah satunya merupakan melalui aplikasi FastText yang mana dibawakan oleh salah seorang pembangun tempatan.

    Namun, buat masa ini, ia hanya boleh digunakan oleh para pengguna peranti Android yang menggunakan dekstop dengan sistem operasi Windows sahaja.







    Melalui aplikasi FastText ini, ia membolehkan anda menerima notifikasi untuk mesej berbentuk SMS terus pada desktop anda, dan boleh membalasnya terus daripada desktop, tanpa perlu membuka peranti mudah-alih anda.

    Pada masa yang sama, anda juga boleh melihat senarai SMS dan mesej-mesej yang pernah dihantar oleh anda sebelum ini terus pada desktop tanpa sebarang masalah.



    Untuk memudahkan anda memulakan mesej baru terus daripada desktop, ia turut menyertakan sokongan Contact List membolehkan anda membuka buku alamat terus padanya seterusnya memulakan mesej baru dengan pantas.












    Mengikut laman rasmi FastText, mereka juga bakal memperkenalkan beberapa sokongan lain, termasuk kebolehan untuk membuat panggilan, serta notifikasi bateri dan sebagainya terus daripada desktop.

    Namun, ia bakal diperkenalkan dalam kemaskini akan datang untuk aplikasi tersebut.


    Bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play hari ini, dan seterusnya menghubungkannya melalui perisianWindows yang disediakan oleh FastText, dan mula menghantar SMS dengan mudah melalui desktop.






    Last edited by Jack Sparrow; 02-05-2012 at 05:02 PM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Quickie's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jul 2011
    Location
    ♥ Penang
    Posts
    1,711
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    bagi la link download fast text... kan senang lagi satu kekurangan fast text, kena connect wifi dlu baru bole guna.. asal x kabel usb? jimat beteri sikit... grrr...
    Last edited by Quickie; 01-05-2012 at 08:38 PM.

  4. #3
    Status
    Offline
    hydehakim's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Dec 2010
    Posts
    58
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    hehe....ok la for starter...pasni leh upgrade jd lg bek ye... kne tau ape yg pgguna nk...jgn syok sndiri...bru snang diterima org ramai... terbaik..!! hehe

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •