Lelaki Ini Dedah Rahsia ‘Buat Duit’ Dengan Jadi Cleaner Homestay


  - 24 Aug 16
  106 : 1

Pada hari Ahad baru-baru ni saya sempat meluangkan masa membersihkan Pak Ya Homestay 1 dan Pak Ya Homestay 2 bersama ayah mertua saya.

Kebetulan pula semasa saya berada di kampung baru-baru ni kedua-dua Homestay tersebut ada orang yang menyewa…

Jadi, seperti biasa sekiranya aktiviti membersihkan dan mengemas homestay dilakukan ketika saya berada dikampung, kenalah join sekali… Dapatlah juga menolong meringankan kerja ayah mertua saya… Betul tak?

Sebenarnya ini kali pertama saya dan ayah mertua membersihkan homestay seawal jam 7.00 pagi. Ini disebabkan ada penyewa nak masuk Pak Ya Homestay 1 pada pukul 9.00 pagi. Fuh awalnya.

Memang awal pun. Tapi ni kira oklah juga, daripada pemanggil yang menghubungi ayah mertua saya nak masuk homestay pada jam 12.00 malam  Huhuhu, memang tak sanggup lah kan? 12.00 malam tu. Masa orang sedap-sedap nak tidur tiba-tiba nak kena kemas homestay pula.

So, yang nak masuk pukul 12.00 malam tu terpaksalah ayah mertua saya tolak. Tapi yang nak masuk pukul 9.00 pagi ni ayah mertua saya terima. Itupun setelah mempertimbangkan anak kecil yang dibawa oleh penyewa.

Kesian. Bertolak dari Kelantan pada pukul 11.00 malam.. Sampai di Batu Gajah Perak dalam pukul 5.00 pagi bersama seorang baby berumur 1 tahun lebih.

Untuk tidak menghampakan penyewa, kami pun segera membersihkan homestay pada pukul 7.00 pagi, supaya penyewa dapat masuk pada pukul 9.00 pagi.

Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 8.30 kerja-kerja membersihkan dan mengemas Pak Ya Homestay 1 selesai dilaksanakan. Syukur Alhamdulillah… Mujur Sempat.. Fuhhh.

Tumpang gembira melihat reaksi wajah kegembiraan penyewa ketika masuk ke dalam homestay kami. Semoga mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. In Shaa Allah..

Penyewa Pak Ya Homestay 2 dah bagi tahu nak keluar awal pada pagi hari Ahad. Mungkin ada hal yang perlu diselesaikan setelah 3 hari tinggal di homestay tersebut.

Jadi, pada pukul 10.00 pagi saya dan ayah mertua saya pergilah membersihkan dan mengemas Pak Ya Homestay 2.

Sewaktu membersihkan Pak Ya Homestay 2 taklah stress sangat seperti ketika membersihkan dan mengemas Pak Ya Homestay 1. Sebab tidak ada orang yang menghubungi ayah mertua saya untuk menyewa Pak ya Homestay 2 pada hari tersebut.

So, legalah sikit yer. Boleh buat kerja dengan relax, tak perlu mengejar masa. Alhamdulillah, dalam pukul 11.30 dapat selesaikan kerja saya sebagai seorang ‘Cleaner’ Homestay pada hari tersebut.

Nak kata penat sangat tu taklah.. Mungkin rezeki saya agak baik hari tu, sebab homestay tak terlalu kotor. Jadi, kerja-kerja untuk membersihkan dan mengemas homestay tidak mengambil masa yang lama.

 Peluang Pekerjaan Sebagai seorang ‘Cleaner’ Homestay

Untuk makluman pembaca budiman. ‘Cleaner’ Homestay merupakan salah satu peluang pekerjaan yang boleh di ceburi oleh anak-anak muda, terutamanya bagi mereka yang sedang mencari kerja.

Peluang pekerjaan sebagai ‘Cleaner’ Homestay ni biasanya banyak terdapat di kawasan-kawasan tertentu seperti berikut:

  • Kawasan pendidikan seperti di Seri Iskandar, Skudai, Parit Raja, Kuching, Kota Kinabalu dan Tanjung Malim.
  • Kawasan pelancongan seperti Kuching, Kota Kinabalu, Taiping, Gambang, Melaka dan Port Dickson.
  • Kawasan perindustrian seperti Johor Bahru, Shah Alam, Pulau Pinang dan Kulim.
  • Pusat bandar/pentadbiran seperti Putrajaya, Ipoh, Seremban, dan Kuching.

Dekat kawasan-kawasan yang saya senaraikan di atas terdapat berpuluh-puluh homestay yang sentiasa bersedia untuk dibersihkan.

Disamping itu, terdapat ramai lagi pemilik rumah yang berminat untuk menjadikan rumah mereka sebagai homestay, tetapi tidak ada orang yang ingin menguruskannya.

Berdasarkan kepada keadaan ini, sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan yang tidak diiklankan secara terbuka. Iaitu dengan menjadi seorang “Cleaner” Homestay.

Pendapatan seorang ‘Cleaner’ Homestay

Saya ada membuat survey tentang upah yang diterima oleh seorang ‘Cleaner’ Homestay di Seri Iskandar Perak. Kadar Upah yang mereka terima daripada pemilik Homestay adalah sekitar RM50 setiap kali membersihkan dan mengemas sebuah rumah. Hmmm, lumayan juga tu.

Cuba bayangkan kalau kita buat servis ‘Cleaner’ Homestay untuk 10 buah homestay. Cukuplah 10 buah homestay dulu sebagai permulaan.

Katakan purata penyewa untuk setiap homestay adalah 10 hari sebulan.
10 hari sebulan X 10 rumah = 100 kali
100 kali membersihkan dan mengemas Homestay dalam masa sebulan.

Setiap kali membersihkan Homestay dapat bayaran RM50.
RM50 X 100 kali = RM5000 sebulan.
Banyak juga kan?. Potensi pendapatan sehingga RM5000 sebulan.

Purata masa yang diperlukan untuk membersihkan dan mengemas sebuah rumah adalah 1 jam setengah hingga 2 jam.

Katakan kita ambil purata masa maksimum 2 jam untuk sebuah rumah. Jadi, masa kita bekerja sebulan adalah selama 200 jam.
200 jam /30 hari = 6.67 jam sehari tempoh bekerja.
oklah tu kan?… Masa selebihnya boleh dimanfaatkan untuk aktiviti harian yang lain..

Mungkin ini merupakan salah satu cabang kerjaya saya apabila dah pencen nanti. Servis 2 dalam 1 iaitu Pengiklanan homestay dan ‘Cleaner’ Homestay

Masa tu isteri saya akan berkata :
“Suami ku seorang ‘Cleaner’ Homestay”

Anak-anak saya pula akan berkata :
“Ayah ku seorang ‘Cleaner’ Homestay”

Tak salah kan? Asalkan dapat rezeki yang halal.

Oklah… Cukuplah setakat ini tantang perkongsian saya angan-angan saya tentang peluang kerjaya sebagai seorang ‘Cleaner’ Homestay. Jumpa lagi di lain waktu.. Semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat memberi manfaat kepada orang lain. In Shaa Allah..