‘Mungkin Ini Ada Hikmahnya’- Ibu Saudara Allahyarham Thaqif


  - 12 Jul 17
  237 : 1

 

 

Selepas beberapa minggu kes tragik berlaku kepada keluarga Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi, akhirnya semalam hasil siasatan terperinci, doktor mengesahkan bahawa arwah meninggal dunia akibat kencing tikus. Kita semua sedia maklum bahawa bahayanya jangkitan tersebut. Menurut doktor juga kencing tikus yang dihidapi arwah merupakan jenis kencing tikus yang berbeza.

 

 

Berhubung dengan perkara itu, ibu saudara arwah Dzuraidah beri penjelasan selanjutnya.

 

 

Terkena kencing tikus yang berbeza, belum ada kes di Malaysia

 

Menurut laporan Berita Harian, wakil keluarga Allahyarham Thaqif berpuas hati dengan penjelasan doktor pakar tentang punca sebenar kematian Thaqif yang disebabkan jangkitan kencing tikus berbeza, juga pertama kali ditemui di negara ini.

 

 

Dzuraidah (ibu saudara kepada Thaqif) mewakili keluarga pada pertemuan bersama pakar bedah hari ni berkata penyakit kencing tikus yang dihidapi arwah belum pernah dilaporkan di negara ini.

 

 

Menurut doktor, kebiasaan kencing tikus akan dapat dikenal pasti dalam tempoh seminggu, namun berbeza bagi kes Allahyarham, ia menyerang bahagian kaki dan akhirnya virus itu ditemui di buah pinggang selepas pembedahan bedah siasat kali kedua dijalankan.

 

 

Mungkin ini ada hikmahnya, penemuan terbaru itu akan dapat membantu pasukan perubatan memahami penyakit kencing tikus seumpama itu pada masa depan.

 

 

Akan berbincang dengan keluarga, teliti semula laporan perubatan

 

Dzuraidah yang hadir ditemani suami turut berpuas hati dengan penjelasan mendalam daripada pakar bedah Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas pertemuan hampir sejam bersama pegawai penyiasat kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

 

 

Ibu Mohamad Thaqif, Felda Wani Ahmad, turut bersama mendengar penerangan dan penjelasan terperinci Pakar Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) menerusi panggilan telefon (pembesar suara).

 

 

Bagaimanapun saya dan keluarga akan berbincang dan meneliti semula laporan perubatan dan bedah siasat berhubung punca kematian Thaqif sebelum menentukan sama ada akan meneruskan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

 

 

Saya akan berjumpa dengan ibu bapa Thaqif selepas ini untuk berbincang dan sebarang tindakan selanjutnya hanya akan diputuskan oleh ibu bapa Allahyarham dan peguam yang dilantik keluarga sebelum ini.

 

 

Sumber: Berita Harian