Jump to content

Maruah China Tercabar Apabila Orang Besar Amerika Buat Lawatan Di Taiwan


Baryon
 Share

Recommended Posts

325854593_MaruahChinaTercabarApabilaOrangBesarAmerikaBuatLawatanDiTaiwan.thumb.jpg.61a1de4e9e72e006ff39a381990dfccd.jpg

Taiwan kritikal kepada keselamatan China. China khuatir sekiranya Taiwan merdeka daripada pengaruhnya, Taiwan akan dipakai oleh musuhnya (US) untuk “chain” jalan laut China. Jadi China anggap lawatan Pelosi berniat beri sokongan moral kepada kemerdekaan Taiwan. Sebelum 1949, Tanah Besar China dan Taiwan berada di bawah pemerintahan kerajaan yang sama: Republik China (ROC). Dari 1947-1949 berlaku perang saudara antara kerajaan nasionalis ROC dan komunis. Komunis menang, dirikan Republik Rakyat China (PRC). Nasionalis undur ke Taiwan.

PRC anggap Taiwan ni “unfinished business” dan claim Taiwan perlu disatukan dengan China di bawah PRC. Pengalaman sejarah juga menunjukkan Taiwan yang dikuasai oleh kuasa asing akan melemahkan kerajaan di Tanah Besar China. Cuma, masa 1950an PRC belum ada tentera laut lagi, tak dapat nak takluk Taiwan. ROC juga buat pakatan ketenteraan dengan US untuk mencegah PRC.

Taiwan.thumb.jpg.6413d7f60d2917fdf0ef1d268a8b30c9.jpg

Tapi memasuki 1970an, US nak buat pakatan dengan PRC untik menentang Rusia. Maka US meninggalkan hubungan pakatan dengan ROC dan mendirikan hubungan diplomatik dengan PRC.

1633227274_Tapimemasuki1970an.jpg.8dd339c6d1795b44868a9acf09e76f70.jpg

Bila US buat macam tu, negara lain pun ikut. Maka status ROC jadi tergantung. Disebabkan kedua-dua PRC dan ROC pegang kepada prinsip “satu China”, negara hanya boleh pilih nak iktiraf ROC atau PRC. Of course orang nak pilih PRC sebab lebih besar. Dan itu menyebabkan Taiwan di bawah ROC dipulaukan dalam komuniti antarabangsa. Nak masuk UN tak boleh, nak masuk WHO tak boleh. Sebab seat China di pertubuhan-pertubuhan ini dah diduduki oleh China.

Maka muncul gerakan “memerdekan Taiwan”. Gerakan ini anggap tidak relevan lagi nak anggap Taiwan sebagai bahagian China sebab ROC dah tak mampu nak tawan balik China. Taiwan di bawah ROC pun ada sistem politik-ekonomi tersendiri yang liberal, tidak lagi sesuai untuk disatukan dengan China bawah PRC (komunis).

2013095028_memerdekanTaiwan.jpg.cbf342637ffb3c4ea41301f828451c53.jpg

Parti Progresif Demokratik (DPP) yang mendukung kemerdekaan Taiwan telah memenangi pilihanraya 2000 dan kemudian 2016, dan itu menyebabkan hubungan China dan Taiwan semakin tegang. Nasionalis (Kuomintang) masih pegang kepada prinsip satu China dan bantah kemerdekaan Taiwan. Kerajaan DPP (termasuk kerajaan Tsai sekarang) juga cuba dapatkan sokongan US.

Walaupun US dah tak ada hubungan diplomatik dan pakatan Taiwan, tapi dia masih ada hubungan tidak rasmi dengan ROC di Taiwan. Kalau wakil US biasa-biasa, China masih boleh terima dan setakat bising-bising. Tapi kalau Pelosi selaku ahli politik no. 3 US lawat Taiwan, China anggap tu dah keterlaluan dan cabar maruahnya.

Plus China sekarang ada banyak masalah dalaman, tak boleh dilihat lemah lagi. So agak risky sebenarnya US jolok sarang tebuan time macam ni. Kalau Taiwan jadi Ukraine ke-2, kesan dia tak sama ek dengan Ukraine. Ukraine tu paling2 impact komoditi, harga makanan naik. Taiwan tu hub IT, lumpuh ekonomi dunia terus.

Sumber : https://www.thepatriots.asia/maruah-china-tercabar-apabila-orang-besar-amerika-buat-lawatan-di-taiwan/

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love GemPak.Org? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      2
    • Most Online
      30

    Newest Member
    Baryon
    Joined
×
×
  • Create New...