Jump to content

Kesatuan dakwa 4 kilang cip elektronik elak rundingan kontrak


Baryon
 Share

Recommended Posts

image.jpeg.142095ddd52fa1e7f49171431e248c08.jpeg

GEORGE TOWN: Kira-kira 4,500 pekerja di empat kilang cip elektronik di wilayah utara dalam kesusahan selepas pihak pengurusan enggan membincangkan perjanjian kolektif baharu, kata seorang pegawai kesatuan sekerja.

David Arulappen, setiausaha agung wilayah utara Kesatuan Sekerja Industri Elektronik, berkata perjanjian kolektif yang ditandatangani pada 2019 tamat Jun lalu.

Rundingan sepatutnya bermula hujung bulan lalu, tetapi katanya, pihak pengurusan empat kilang itu memberi “pelbagai alasan” untuk tidak berunding.

“Apabila kami tanya kenapa tidak boleh berjumpa, mereka mendakwa sedang menghadapi kesukaran, audit dalaman dan kesulitan kewangan untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500.

“Cip mendapat permintaan tinggi, khasnya dalam sektor automotif dan pengkomputeran. Saya tidak nampak kenapa sukar untuk mereka menaikkan gaji dan manfaat pekerja.

“Seluruh proses rundingan kolektif bukan hanya untuk meminta gaji lebih baik, tetapi juga untuk memahami keadaan kewangan syarikat,” katanya kepada FMT.

David berkata, kebanyakan pekerja kilang itu bergaji sangat rendah dan menghadapi kesukaran untuk menangani kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, sebuah daripada kilang di Perai itu yang mempunyai 68 pekerja membayar gaji kurang RM2,000 sebulan, malah untuk pekerja yang sudah bekerja di sana selama 15 hingga 20 tahun.

Khamis lalu, sekumpulan 500 pekerja dari Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn Bhd mengadakan bantahan di luar kilang itu untuk menuntut pihak pengurusan mengambil serius rundingan perjanjian kolektif.

FMT sedang menunggu respons syarikat itu.

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/07/kesatuan-dakwa-4-kilang-cip-elektronik-elak-rundingan-kontrak

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love GemPak.Org? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      3
    • Most Online
      41

    Newest Member
    AreYie
    Joined
×
×
  • Create New...