Jump to content

Apple Pay Kini Rasmi – Menyokong Kad Kredit Maybank, Ambank, Std Chartered, Kad Debit Maybank


Baryon
 Share

Recommended Posts

Apple-Pay-Malaysia-1-950x713.jpeg.webp.ef3bc22e3852f5245463cf2e8e4ba17c.webp

Apple hari ini telah secara rasminya memperkenalkan sokongan pembayaran nirtunai Apple Pay di Malaysia. Dengan langkah ini, pengguna boleh pautkan kad kredit atau debit terpilih ke akaun Apple, dan seterusnya menggunakan peranti seperti iPhone atau Apple Watch dalam melakukan pembayaran pada terminal.

Dengan langkah ini, ia membawa gaya hidup tanpa dompet setapak ke hadapan lagi, dan pengguna hanya perlu membawa peranti Apple ke mana-mana, termasuk untuk membayar. Apple Pay boleh digunakan pada sebarang terminal pembayaran yang menyokong pembayaran secara wave.

Dari segi sokongan kad pada Apple Pay, ia kini menyokong kad kredit dan debit keluaran Maybank, kad kredit Ambank, dan juga kad kredit Standard Chartered. Pengguna masih kekal dapat menikmati pelbagai ganjaran yang dinikmati melalui setiap kad berkenaan.

Apple-Pay-Malaysia-02-950x535.jpeg.webp.97ef8564e71e0b3f2b0a49bd380d99e3.webp

Selain pembayaran di kedai-kedai secara fizikal, pengguna turut boleh melakukan pembayaran melalui Apple Pay pada kedai atas-talian terpilih. Salah satu platform yang menyokongnya adalah Shopee, dan pengguna Mac serta iPad boleh melakukan pembayaran menggunakan Apple Pay padanya melalui pelayar web Safari.

Untuk mula menggunakannya, pengguna peranti Apple hanya perlu menambah kad terpilih berkenaan pada Apple Wallet, dan seterusnya menggunakannya dalam pembayaran di kedai atau secara atas-talian.

Sumber https://amanz.my/2022351152/

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love Gempak Network? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      55
    • Most Online
      142

    Newest Member
    nazz8781
    Joined
×
×
  • Create New...