Jump to content

UMNO desak PRU-15 diadakan segera


Baryon
 Share

Recommended Posts

image.jpeg.68f9a01c31757d62a014ab0fc6d04df5.jpeg

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO seluruh negara sebulat suara meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata hasrat itu disampaikan dalam pertemuan tergempar antara mereka dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Jamal berkata, keputusan semua ketua bahagian itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob oleh Ahmad Zahid atau Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

"Keputusan (yang dibuat adalah) sebulat suara iaitu, ketua bahagian dari satu Malaysia mahu pilihan raya umum diadakan pada kadar segera. Walaupun hanya 158 ketua bahagian yang hadir, semua termasuk yang tidak dapat hadir memberikan sokongan.

"Keputusan ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri sama ada oleh Presiden atau Setiausaha Agung," katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan itu.

image.jpeg.281c41ffb084819dfb30bfcfeef1946c.jpeg

Ditanya mengapa perjumpaan itu diadakan secara tergempar, Jamal berkata, kebanyakan ketua bahagian pada mulanya tidak tahu tujuan sebenar pertemuan itu diadakan.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu terungkai apabila seramai 158 daripada 191 ketua bahagian yang hadir diberi taklimat mengenai persiapan pilihan raya.

"Saya nak memberikan sedikit apa yang sedang berlaku. Pertama, kami dikejutkan dengan panggilan malam tadi supaya ketua bahagian satu Malaysia datang ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan kami pun tak tahu apa isunya.

"Dalam pertemuan ini, kami diberi taklimat dan pandangan mengenai PRU-15 yang mungkin diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bila, kami tak diberitahu.

"Jadi, tujuan kami dipanggil adalah untuk melihat kesiapsiagaan jentera pilihan raya di setiap bahagian dan apakah keperluan ketua bahagian untuk kami sampaikan kepada pucuk pimpinan bagi memastikan pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat," katanya.

Jamal berkata, dua pemimpin daripada 'Top 5' juga tidak dapat hadir disebabkan kekangan tugas iaitu Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Walaupun kami meminta PRU-15 diadakan segera, tiada desakan supaya Parlimen dibubarkan sebab seperti yang diketahui, isu pembubaran hanya dibincangkan dalam kalangan Top 5.

"Isu rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan pun tidak disentuh langsung dalam pertemuan ini," katanya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, ketika ditemui pula memaklumkan pertemuan antara pimpinan tertinggi parti itu dengan ketua bahagian sekadar membincangkan isu semasa.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung pertemuan itu.

Difahamkan, hanya satu daripada 25 bahagian di Sabah hadir, manakala satu lagi bahagian iaitu Tanah Merah di Kelantan, digantung.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/991522/umno-desak-pru-15-diadakan-segera

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love GemPak.Org? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      3
    • Most Online
      41

    Newest Member
    AreYie
    Joined
×
×
  • Create New...