Jump to content

Mamat Exist Masih Dipantau AADK, Janji Mahu Berubah


Baryon
 Share

Recommended Posts

1797785753_MamatExistMasihDipantauAADKJanjiMahuBerubah.png.19f3dc35c265c1bc942a9d4e2026d582.png

Bekas vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat memberitahu dia masih menjalani proses pemantauan dan mengikuti program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan dia bersih daripada najis dadah.

Memetik mStar Online, Mamat berkata pemantauan AADK tidak terlalu ketat dan dia mempamerkan perubahan positif sejak menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia sejak 2019.

“Saya masih lagi dalam pemantauan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh AADK. Pihak agensi berhubung jadual kerja kerana saya tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.

“Saya pun sebenarnya kalau hendak lari memang tak boleh kerana sebagai selebriti yang dikenali mereka tentu akan tahu keberadaan saya,” katanya.

Menurut Mamat lagi, dia kini fokus dengan proses pemlihan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik apatah lagi usianya sudah lebih 40 tahun.

“Saya sudah berumur 40 tahun lebih. Apa yang saya mahukan adalah menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Mamat juga berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung pada 18 November depan.

Terdahulu, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Sumber : https://www.rotikaya.com/mamat-exist-masih-dipantau-aadk-janji-mahu-berubah/

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love GemPak.Org? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      3
    • Most Online
      41

    Newest Member
    AreYie
    Joined
×
×
  • Create New...