Jump to content

Bukit Aman siasat Ahmad Zahid


Baryon
 Share

Recommended Posts

image.jpeg.8e69cf3e5d75d26c2f62945e7ab61058.jpeg

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa taklimat khas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihak polis telah menerima sebanyak 12 laporan di seluruh negara berhubung ucapan Ahmad Zahid yang didakwa memfitnah badan kehakiman negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong.

"Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin media tempatan melaporkan, Pengarah Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Sany Hamzan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan terhadap Presiden UMNO terbabit.

Semasa taklimat khas tersebut, Ahmad Zahid dikatakan dengan jelas telah menghina dan memfitnah badan kehakiman negara berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Antara yang diperkatakan dalam taklimat tersebut adalah menyeru solidariti ahli UMNO kepada Najib yang juga bekas presiden parti itu selepas beliau didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love GemPak.Org? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      3
    • Most Online
      41

    Newest Member
    AreYie
    Joined
×
×
  • Create New...