Jump to content

Kehidupan Sida-Sida Cina Yang Kita Tak Tahu


Baryon
 Share

Recommended Posts

2141938648_KehidupanSida-SidaCinaYangKitaTakTahu.jpg.56dd426d8648adce68af935a2d311047.jpg

Dalam sejarah China, selepas Maharaja, yang dikatakan sebagai sangat berkuasa, antaranya ialah para sida. Walaupun bukan lelaki sejati kerana dikasi, tetapi kuasa yang dipegangnya menandingi kuasa lelaki sejati dalam Tamadun Cina.

Kota Larangan merupakan kediaman peribadi maharaja, tempat di mana tiada siapa dibenarkan singgah terlalu lama. Para menteri, pegawai tentera, dan bahkan kerabat lelaki maharaja sendiri turut dikehendaki beredar daripada Istana Diraja menjelang malam.

Satu-satunya golongan lelaki yang dibenarkan kekal berada di dalam Kota Larangan adalah sida-sida Cina. walaupun hakikatnya mereka bukanlah lelaki sejati memandangkan setiap seorang daripada mereka telah pun dikasi. Inilah gambar betapa berkuasanya sida-sida Cina.

Walaupun sida-sida tidak dianggap sebagai potensi ancaman lantaran ketidakupayaan mereka untuk menubuhkan dinasti tersendiri (tiada zuriat), mereka sebenarnya memiliki keupayaan untuk menjatuhkan sesebuah dinasti yang memerintah.

Pengaruh besar yang dimiliki oleh beberapa sida-sida kadangkala membuatkan mereka menjadi korup, mengubah karakter mereka menjadi individu yang tamak, tidak berhati perut dan penuh bermuslihat.

Dalam drama, filem Cina berkisar kehidupan di istana, sida seringkali ditampilkan sebagai karakter jahat. Banyak contoh sida yang jahat boleh didapati dalam sejarah Cina. Peristiwa kejatuhan Dinasti Qin boleh dipertanggungjawabkan pada sida yang bernama Zhao Gao.

1997109124_ZhaoGao.thumb.jpg.b38b57c7e52641a11ea4848423f520cb.jpg

Zhao Gao berasal daripada keluarga yang berpengaruh besar di negeri Zhao, salah sebuah dari tujuh buah negeri yang wujud di Zaman Negara-Negara Berperang. Ketikamana orang tua Zhao Gao didakwa melakukan jenayah, mereka dijatuhi hukuman manakala adik-beradiknya pula dikasi.

Hukuman yang sama diandaikan turut dijatuhkan ke atas Zhao Gao. Zhao Gao kemudiannya berkhidmat untuk Qin Shi Huang lantaran beliau merupakan seorang yang pakar dalam undang-undang dan kehakiman.

Hal ini membolehkan Zhao Gao mendaki tangga kuasa dan menjadi salah seorang penasihat terdekat maharaja. Tidak lama selepas kemangkatan Qin Shi Huang, Zhao Gao dan Perdana Menteri, iaitu Li Si, mengatur perampasan kuasa dengan merencanakan pembunuhan putera mahkota, iaitu Fu Su serta dua orang pengikut setianya yang bernama Meng Tian dan Meng Yi.

Setelah itu, putera bongsu Qin Shi Huang iaitu Huhai ditabalkan sebagai maharaja boneka. Tiga tahun kemudian, pemberontakan pun meletus dan Zhao Gao memaksa Huhai membunuh diri. Zhao Gao kemudiannya menaikkan Ziying (sama ada putera atau pakcik kepada Fu Su) sebagai maharaja yang baru.

Menyedari bahawa Zhao Gao akan menghapuskannya kelak, Ziying mengambil keputusan untuk menentang Zhao Gao dan berhasil membunuhnya. Pun begitu, pemberontakan tetap jua tidak berjaya ditamatkan. Ziying tunduk di tangan Liu Bang yang mengasaskan Dinasti Han. Justeru, boleh dianggap bahawa tindakan-tindakan sida-sida Zhao Gao bertanggungjawab mengakibatkan kejatuhan Dinasti Qin hanya tiga tahun setelah kemangkatan Qin Shi Huang.

Walaupun dikenali dalam lipatan sejarah dengan reputasi yang agak buruk, tidaklah semua sida-sida itu jahat. Sebahagian daripada mereka bahkan memberi sumbangan yang besar kepada ketamadunan Cina. Kertas yang merupakan salah satu dari Empat Ciptaan Hebat, dikatakan telah dicipta oleh seorang sida-sida yang bernama Cai Lun di zaman pemerintahan Dinasti Han Timur.

1550244219_ChengHo.thumb.jpg.7f5e8a6c9814dbda85bfb07d9f1f025a.jpg

Tambahan lagi, Cheng Ho, seorang sida yang berkhidmat untuk Maharaja Ming Yongle mengepalai armada diraja dalam pengembaraan ke Asia Tenggara, India, Tanah Arab, Parsi dan juga Afrika Timur – ekspedisi lautan yang menghubungkan Cina dengan dunia-dunia luar menerusi perdagangan.

Selain itu, sida-sida Cina juga dicatatkan telah memberikan sumbangan dalam mainan musik di istana Cina. Misalnya sida-sida di zaman Dinasti Ming merupakan kelompok Cina pertama yang memainkan musik Klasik Barat. Sementara Maharaja Qianlong dari Dinasti Qing pula menubuhkan sebuah kumpulan orchestra yang terdiri daripada sida-sida yang mengenakan pakaian Eropah.

Tamatnya pemerintahan Dinasti Qing pada awal kurun ke-20 Masehi membawa pengakhiran kepada sistem diraja Cina sekaligus menamatkan juga kefungsian sida-sida. Pada tahun 1924, seramai 1500 orang sida-sida terakhir dibuang dari Kota Larangan. Sun Yaoting, sida-sida diraja terakhir, dicatatkan telah meninggal dunia pada bulan Disember 1996 sekaligus menamatkan suatu amalan zaman-berzaman yang sejarahnya menjangkau ribuan tahun.

SUMBER : https://www.thepatriots.asia/kehidupan-sida-sida-cina-yang-kita-tak-tahu-2/?fbclid=IwAR34InRHO42ckVopuH6YXvMv_rxigFt5_VSsriLNnmDQlr4kHESDzoZ28Ik

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recently Browsing   0 members

    • No registered users viewing this page.
  • Tell a friend

    Love GemPak.Org? Tell a friend!
  • Member Statistics

    • Total Members
      2
    • Most Online
      30

    Newest Member
    Baryon
    Joined
×
×
  • Create New...